Saturday 24 March 2018

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin menceritakan tentang kolej yang sedang saya belajar iaitu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebelum itu tahniah kepada adik-adik lepasan SPM 2017 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang elok jangan berputus asa kerana SPM bukan penentu kepada pengakhiran segalanya kerana SPM adalah langkah pertama untuk adik-adik semua mengubah masa depan yang lebih baik.

Jika anda ingin tahu bahawa Kolej Matrikulsi bukanlah untuk pelajar yang tidak pandai, tak dapat tempat di universiti ataupun perkara-perkara buruk yang terlintas difikiran hampa. Sijil yang dikeluarkan oleh pihak matrikulasi  adalah sijil yang laku dan boleh digunakan untuk menyambung pengajian ataupun untuk mendapatkan pekerjaan.






Matrikulasi merupakan pusat pengajian yang menawarkan tiga modul iaitu:

Modul 1: Biologi,Fizik,Kimia dan Matematik
Modul 2:Fizik, Kimia, Sains Kompuer dan Matematik
Modul 3:Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Adik-adik yang ingin memilih subjek pastikan jangan sesekali mengikut kawan kerana minat kita bukannya sama dan takut kelak akan menyesal. 😂 Saya merupakan pelajar modul 2 sem 2 di kolej ini. Bagi saya modul dua merupakan modul yang terbaik kerana tidak mempunyai bio sebabnya saya tak minat dengan bio dan tak pernah ambil. Subjek yang disediakan dalam modul ini sangat bagus dan tak mudah untuk difahami tapi biasalah adat belajar tiada yang senang jika tak usaha. Baiklah saya ingin menunjukkan kepada anda kawasan sekitar KMPP dari pandangan atas menggunakan dron. Kawasan KMPP yang luas akan menyebabkan kasut anda cepat rosak kerana banyak berjalan dan jauh perjalanan jadi sediakan kasut yang banyak.



Salah seorang daripada ahli The Faith iaitu Fahimi
Okey seterusnya di kolej ini anda tidak akan berasa jemu dan murung disebakan oleh tugasan yang bertimbun kerana di kolej ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang diadakan adalah movie night, MEMORI, darshawarna, pesta tanglung, silang budaya, ponggal dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan di kalangan para pelajar. Program ini bukan sahaja melibatkan penyertaan daripada para pelajar malah terdapat juga artis jemputan dari luar seperti The Faith, Harith Iskander, Farah Fakhira(instafamous) dan ramai lagi.





  Video dibawah adalah ketika persembahan The Faith dijalankan.




Awal Ashaari sedang menghoskan program Koridor Utara

Bagi pelajar yang terpilih untuk menyertai aktiviti luar seperti pergi ke perkampungan orang asli, memberi makan kepada gelandangan, menyertai program Koridor Utara dan sebagainya. Saya merupakan pelajar yang terpilih untuk menyertai program Koridor Utara. Program Koridor Utara merupakan program yang menerangkan tentang pembangunan yang akan dan sedang dijalankan menjelang tahun 2020. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan persembahan dari artis seperti Amir Jaharu, Atillia dan Salamiah Hassan. Program ini bukan sahaja memberikan dapat memberikan ilmu pengetahuan malah juga dapat menghilangkan stress.








Aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberikan anda markah kokurikulum untuk menempatkan anda ke Universiti setelah habis matrik nanti. Anda seharusnya menikmati saat-saat ketika berada di matrik kerana saya pasti anda akan merindui suasana disini. Suasana dimana anda sibuk meniru kerja rakan anda, kelam kabut menyiapkan assignment yang nak kena hantar esok harinya, menyiapkan lab report dan sebagainya. Suasana ini bukan senang untuk didapati bersama rakan yang baru.


Jika anda mendapat tempat di KMPP atau mana-mana kolej matrikulasi yang lain anda sepatutnya rasa berbangga kerana bukan senang untuk anda mendapat tempat disini. Akhir kata dari saya walau dimana sahaja anda belajar pastikan niat anda mestilah betul dan jangan sesekali lari dari niat asal. Ingatla selalu wajah ibu dan ayah yang berbangga dengan keputusan yang bakal kita dapat. Itu sahaja dari saya pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi byeee2 🙋




No comments:

Post a Comment

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...