Saturday, 24 March 2018

PENGORBANAN AYAH





Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Pernahkah anda terfikir tentang 
pengorbanan ayah anda? Ayah walaupun dia seorang yang tegas, garang dan sukar untuk kita memahaminya tapi disebalik semua itu tersimpan perasaan kasih dan sayangnya seorang ayah. Saya ingin menceritakan tentang ayah saya.

Ayah aku bernama Megat Abdul Halim bin Megat Hashim. Dia seorang pemandu lori dan seorang yang sangat tegas. Sewaktu aku kecil ayah suka membawa aku keluar berjalan-jalan disekitar kampung dan singgah di sebuah kedai kopi untuk berjumpa dengan teman-temanya. Aku nak itu dia beli aku nak ini dia beli tapi ada batasnya. Bila aku masuk darjah satu aku menangis tanak ayah balik rumah. Aku nak ayah temankan sampai habis waktu persekolahan hari pertama dia temankan. Dia sanggup ambil cuti untuk menemankan aku di sekolah. Setiap kali aku pergi ke sekolah dia akan sentiasa mengingatkan aku yang ibu akan datang temankan aku sewaktu rehat dan ini sangat memberikan kelegaan hati 😂.  

Setelah aku masuk ke darjah enam aku berpindah ke sekolah baru yang terletak berdekatan dengan rumah. Pada hari pendaftaran aku telah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan lleh keracunan makanan. Sewaktu aku sakit ayahla yang aku cari walaupun sebelum ink ibu tetapi aku tidak tahu kenapa ayah yang aku cari. Ayah dan ibu membawa aku pergi ke hospital dan aku telah di wardkan di wad kanak-kanak. Ayah mengambil cuti untuk beberapa hari untuk menjaga aku dan menguruskan hal di rumah kerana ibu menemankan aku di hospital. Setiap hari ayah akan datang dengan membawa makanan yang sedap dan makanan hospital yang tak sedap tu ayah aku yang habiskan 😂.

Semakin aku meningkat remaja, ayah semakin susah untuk bertolak ansur. Bagi aku semua yang aku buat tak kena. Bila aku ingin keluar berseronok dengan kawan-kawan ayah tak izinkan. Bila abang atau adik aku nak keluar bolehkan aja. Dia cakap abang dengan adik lelaki dan aku perempuan. Bagi aku itu tak adil! Kenapa perlu membezakan lelaki dan perempuan sedangkan sama sahaja jika berlaku sesuatu. Tapi sekarang baru aku mengerti kenapa ayah larang untuk buat itu dan ini. Itu adalah bukti sayang ayah kepada aku yang aku tak sedar. 

Baru-baru ini jari aku telah digigit oleh kucing aku sendiri satu hari sebelum aku pulang ke kolej. Jari aku bengkak sebengkak-bengkaknya. Setiap hari ibu atau ayah akan telefon aku tanya tentang keadaan jari aku. Satu hari ayaj ambil cuti dan datang ke kolej untuk bawa aku pergi ke klinik. Aku tak menyangka yang ayah sanggup mengambil cuti dan datang dari jauh untuk membawa aku pergi ke klinik. Aku sangat terharu lebih-lebih lagi ketika ayah membantu aku memotong ayam untuk aku makan sebab tangan aku masih dalam keadaan yang kurang baik. 

Kini aku melihat ayah sudah boleh bergurau. Aku harap satu hari nanti aku mampu membawa kedua ibubapa aku ke Mekah untuk membuat haji dan umrah jika diizikan Allah. Sungguh aku amat menyayangi mereka. 

Semoga anda yang membaca dapat memahami perasaan ayah anda dengan lebih mendalam. Ayah tak tunjukkan kasih sayang dia secara terang-terangan seperti ibu. Ayah menunjukkan kasih sayang di dengan teguran dan penegasan dalam mendidik kita. Sayangi mereka sementara mereka masih ada dan kepada yang telah tiada ibu bapa semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn 

No comments:

Post a Comment

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...