|
Pekan Batu Kurau |
Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian. Harini saya ingin mendedahkan kepada anda tempat menarik yang ada di kampung saya iaitu Batu Kurau, Perak. Batu kurau adalah sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 20KM dari bandar Taiping. Majoriti penduduknya adalah petani dan pekebun yang berbangsa Melayu, Cina, Siam dan India. Batu Kurau paling terkenal dengan buah duriannya yang sangat bermutu tinggi dan dikenali di seluruh Malaysia. Antara jenis-jenis durian yang terkenal adalah durian bukit dan durian kampung. Setiap kali musim buah-buahan tiba pekan Batu Kurau ini akan padat dengan pelancong yang ingin menikmati keenakkan buah-buahan kampung ini. Selain disajikan dengan buah-buahan yang enak pelancong juga dapat menyertai pesta durian yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik dusun untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Batu Kurau.
|
Buah Durian sebagai simbolik kepada pekan Batu Kurau |
Batu Kurau juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik seperti kawasan rekreasi yang kaya dengan alam semula jadinya. Antara kawasan rekreasi yang terdapat di sana adalah Gunung Sempeneh. Gunung Sempeneh ini mempunyai beberapa buah gua yang terbentuk daripada batu kapur. Di sekitar gunung terdapat saliran air sungai dan beberapa buah gerai makan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang mengunjungi gunung tersebut. Selain itu, terdapat satu mitos yang diceritakan oleh orang tua dahulu tentang sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Bersanding kerana di dalam gua tersebut mempunyai batu yang berbentuk seperti sepasang pengantin yang sedang bersanding. Kisah tentang nama gua tersebut adalah disebabkan tercetusnya salah faham di antara penunggu gua dengan pengantin tersebut. Penunggu gua itu bernama Sang Kelembai yang telah menyumpah sepasang pengantin itu dan mereka berubah menjadi batu. Tetapi ianya jelas kelihatan pada suatu masa dahulu dan kini ianya telah ditutup dengan lapisan batu kapur yang terbentuk di dalam gua.
|
Pintu masuk ke Kampung Sempeneh |
|
Gunung Sempeneh |
|
Kawasan Gunung Sempeneh |
Lebih kurang 3 KM dari Gunung Sempeneh terdapat sebuah kawasan perkelahan iaitu Sungai Sempeneh. Di kawasan sungai tersebut disediakan beberapa kemudahan bagi pengunjung yang berkelah disitu seperti tandas awam, gerai makan, pondok untuk disewa dan tempat letak kereta yang berbayar. Keadaan air sungainya yang bersih dan sejuk memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk bermandi manda. Selain dari bermandi manda pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti lain seperti hari keluarga di situ.
|
Pengunjung sedang bermandi manda |
|
Sungai Sempeneh |
|
Pengunjung mengadakan Hari Keluarga |
Seterusnya, terdapat sebuah chalet iaitu Sempeneh River Front Chalet. Chalet ini dibina bagi pengunjung yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan ianya merupakan chalet yang berkonsepkan kabin yang pertama di Batu Kurau. Chalet ini juga akan menjanjikan kepuasan tersendiri dan anda dapat menikmati keindahan alam serta suasana pagi yang damai dan tenang. Chalet tersebut mempunyai 2 unit chalet VIP, 12 unit chalet standard dan 2 unit dorm. Pakej chalet ini adalah sangat berpatutan dengan keadaan biliknya yang sememangnya kemas, bersih dan selesa. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di chalet ini seperti Jungle Trecking, Flying fox, Jelajah gua, perkhemahan, karaoke keluarga, kembara malam, sukaneka dan aktiviti kompas.
Chalet ini diuruskan oleh Aurarose Maju Enterprise. Jila anda ingin menginap di chalet ini anda bolehlah pergi ke talian 0195001640 . Anda juga boleh melihat suasana chalet ini di facebook Sempeneh River Front, blog mereka Di Sempenehriverfront.blogspot.com dan email mereka iaitu Sempenehriverfront@gmail.com
|
Kawasan Sempeneh River Front Chalet |
|
Pengunjung mengadakan aktiviti Hari Keluarga |
|
Hadiah yang disediakan oleh pengunjung sendiri untuk pemenang bagi aktiviti hari keluarga |
Akhir sekali, kawasan yang anda boleh menghabiskan masa cuti anda adalah di Kurau Stone Fishing & Highland Stay. Kurau Stone terletak 23 KM dari bandar Taiping.Kurau Stone adalah sebuah tempat yang cantik dan mempunyai rumah tetamu, dorm dan chalet yang cukup selesa serta dikelilingi oleh alam semulajadi.
|
Kaunter pendaftaran |
Pengunjung dapat merasai suasana pagi dengan kicauan burung-burung dan di waktu petangnya anda dapat mendengar bunyi cengkerik pada waktu malam.Tempat ini adalah pilihan yang terbaik bagi pengunjung yang sukakan alam semulajadi. Di sini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan menarik mengikut pakej dengan harga yang berpatutan.
Pakej yang disediakan di Kurau Stone Fishing & Highland Stay adalah seperti berikut:
Kurau Stone caving exploration package - RM250 / seorang
Batu Kurau & Anak Kurau-Bukit Larut nature adventure package - RM 450 / seorang
"Village Sightseeing" @ Batu Kurau package - RM250 / seorang
Kurau Stone-nature adventure package - RM250 / seorang
Kurau Stone-Larut ATV adventure package - RM200 / seorang
Kurau Stone-Bukit Larut package - RM150 / seorang
Kurau Stone-Taiping Heritage package - RM200 / seorang
Kurau Stone-Cultural dinner show - RM250 / seorang
Kurau Stone-Kuala Sepetang package - RM300 / seorang
Anda boleh membuat tempahan di talian 058881888 / 0194082511 dan melihat pakej yang disediakan di facebook iaitu @kuraustoneresort, Instagram iaitu @kuraustonechalet, laman web mereka iaitu www.kuraustone.com dan akhir sekali melalui email iaitu mykuraustone@gmail.com
Itu sahaja info yang dapat saya sediakan kepada anda. Sekian berjumpa lagi.😃🙆
No comments:
Post a Comment