Thursday, 8 March 2018

Keburukan Teknologi terhadap hubungan kekeluargaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Tajuk yang ingin saya bahaskan pada hari ini adalah masalah teknologi dalam keluarga. Kita pada hari ini dihidangkan dengan teknologi-teknologi yang semakin cangih. Perasaankah anda bahawa anda telah menggunakan teknologi ini lebih dari 100 kali dalam sehari? Penggunaan teknologi adalah sangat diperlukan pada masa kini tetapi perlulah ada batasnya. Teknologi banyak memberikan impak yang positif kepada sesuatu keluarga contohnya mampu mengeratkan silaturahim di antara sesama keluarga yang terpisah jauh disebabkan kerja, mampu menyampaikan sesuatu berita tentang  ahli keluarga dengan cepat, dan sebagainya. Walaupun begitu ia juga banyak memberikan impak yang negatif kepada keluarga.

Sebelum saya memulakan impak-impak yang negatif terhadap diri dan keluarga saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sendiri melihat penggunaan teknologi yang keterlaluan dalam keluarga saya iaitu adik saya. Adik saya merupakan pelajar sekolah menengah berasrama. Jadi setiap kali dia outing atau balik ke rumah perkara pertama yang dia akan lakuakan adalah menghadap laptop ataupun tablet untuk bermain game. Boleh dikatakan dari pagi sampai malam dia berkurung dalam bilik hanya untuk bermain game. Ini menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin berkurangan. Jadi sebelum perkara lebih buruk berlaku mari kita mencagah dengan mengetahui apakah perkara buruk yang bakal berlaki sekiranya teknologi menguasai kita. 





Keluarga bahagia tanpa gajet

Antara impak negatif terhadap keluarga adalah mampu menjauhkan yang dekat. Maksud saya disini adalah disebabkan penggunaan teknologi yang melampau menyebabkan ahli keluarga contohnya ibu, ayah, adik dan sebagainya sibuk melihat telefon bimbit masing-masing dari meluangkan masa bersama. Pernah saya terlihat kebanyakan keluarga yang datang untuk menjenguk anak-anak mereka di pusat pengajian, ibu bapa serta anak-anak semuanya sibuk dengan gajet masing-masing dan tidak melihat wajah masing-masing. Ini akan menyebabkan hubungan keluarga semakin menjauh dan anak-anak semakin kurang kasih sayang dari ibu bapa. 

Kanak-kanak ketagih dengan teknologi

Selain itu, teknologi akan menyebabkan anak-anak ketagih untuk menggunakannya dan akan menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak semakin renggang. Ini boleh menyebabkan anak-anak menjadi keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua mereka. Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan sentiasa melihat tingkah laku ibubapa mereka dalam melakukan sesuatu perkara. 


Sinar biru boleh menyebabkan mata rosak

Selain daripada itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan menyebabkan kerosakkan pada mata dan pengecutan pada otak. Ini akan memberikan impak yang buruk pada kesihatan diri dan ahli keluarga yang terlalu kerap menggunakan teknologi seperti telefon bimbit yang mempunyai frekuensi radio aktif yang sangat tinggi.Jadi kita seharusnya mengingati sesama ahli keluarga tentang keburukkan penggunaan teknologi yang  keterlaluan terhadap diri sendiri dan orang lain.






Pergaduhan disebabkan penggunaan teknologi

Seterusnya, teknologi juga akan memberikan impak yang negatif  terhadap hubungan kekeluargaan iaitu permusuhan boleh tercetus disebabkan oleh khabar angin yang tidak betul. Contohnya melalui aplikasi whatsapp iaitu menyebarkan cerita-cerita yang tidak betul yang akan menyebabkan
         hubungan kekeluargaan boleh terputus. Perkara seperti ini semakin banyak terjadi dalam hubungan kekeluargaan dan kita seharusnya mencegah perkara ini daripada berlaku iaitu dengan melakukan sesuatu aktiviti yang lebih berfaedah dari menyebarkan khabar angin yang tidak betul. 

Kesimpulannya kita sebagai pengguna teknologi seharusnya lebih bijak dalam menggunakannya bagi mencegah perkara-perkara buruk daripada berlaku. Kita sepatutnya banyak melakukan aktiviti secara fizikal bukannya secara ilusi di alam maya. Ini supaya kita tidak menjadi seorang yang antisosial  kerana bila kita mati nanti kita memerlukan manusia untuk tanam mayat kita dan bukannya gajet yang kita pegang sekarang. 


Itu sahaja daripada saya untuk hari ini. Maafkan segala kata-kata kesat dan mengguris perasaan. Perkara di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun sudah mati. Sekian sahaja.😁 Bye byeeeee👋

1 comment:

  1. So .... Komputer dan telefon pintar dapat merenggangkan atau merapatkan

    ReplyDelete

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...