Thursday, 14 December 2017

KAWAN BARU

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sekalian. Hari ini aku ingin menceritakan tentang kawan baru yang aku jumpa di kolej matrikulasi.



Gambar pertama sebelum balik rumah nak sambut raya pelajar kelas DF1P05/06









Pelajar DF1P05 bersama cikgu fizik yang cantik manis cikgu Alin 💕



Kisahnya bermula pada bulan Mei 2017 iaitu aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada mulanya aku berasa berat hati untuk berjauhan dengan ibu ayah sebabnya aku tak pernah jauh dari mereka. Asimilasi dijalankan selama 3 hari. Aku risau kalau aku tak dapat kawan yang boleh masuk dengan perangai aku. Aku pun dimasukkan ke sebuah kelas iaitu DF1P05 iaitu kelas untuk modul 2. Ketika itu baru aku kenali kawan-kawan baru aku yang sama kelas dengan aku. Aku cuma tahu muka tapi susah nak ingat nama so aku just panggil aku hang je. Nasib dpe tak kisah. Hari berganti hari, ada rakan-rakan aku yang tak berminat untuk masuk ke modul dua jadi mereka minta untuk tukar ke modul lain dan akhirnya belum sempat aku mengingat nama rakan kelasku bertukar lagi.Jadi adalah pelajar dari modul lain yang masuk ke kelas aku dan kamu menjadi rakan sekelas. 

Setelah beberapa minggu kami bersama sebagai satu kelas pengalaman pertama yang tak dapat aku lupakan adalah pengalaman di mana kami diberi tugasan untuk membuat video lakonan bagi subjek dinamika. Jadi kelas aku ingin membuat video pendek bertajuk 5 Prinsip Rukun Negara. Video di bawah adalah salah satu scene di dalam video pendek kami. 😊






Barisan pelakon adalah:

  1. Haikal sebagai narrator, perdana menteri Malaysia yang pertama, budak nakal
  2. Syahir sebagai tokbomoh, budak nakal, pelajar pandai , remaja yang berminat dengan daesh,polis
  3. Razif sebagai guru, pegawai,pekerja
  4. Mawarniee sebagai wartawan, anak tok bomoh
  5. Natasha sebagai makcik
  6. Anis sebagai penjual
  7. Aku sebagai anak pembeli, budak nakal
  8. Suzanna sebagai penjual, budak baik
  9. Khadijah sebagai pembeli, boss
  10. Nabila sebagai budak nakal
  11. Latifah sebagai budak nakal 
  12. Alia sebagai budak baik
  13. Fuzaimi sebagai jurukamera, juruedit di belakang tabir. 









Pengalaman berlakon ini amat seronok kerana kami melakukan aktiviti ini sebagai satu kumpulan. Alhamdulillah tugasan yang diberikan dapat disiapkan sebelum tarikh tutup.

Ketika menyambut hari lahir KJ sains

Seterusnya pengalaman yang aku tak dapat lupakan Adalah ketika kami menyambut hari jadi kj sains. Kami membuat surprise birthday untuk beliau. Sungguh aku tak sangka menjadi rupanya prank kami. Alhamdulillah disambut baik oleh cikgu. Kj sangat baik dengan kami disebabkan dia aku minat dengan subjek kimia walaupun dulu tak pernah nak lulus dan alhamdulillah atas kehendak Allah aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam PSPM untuk subjek kimia. Terima kasih cikgu kerana mendidik kami dengan sabar. Semoga cikgu sentiasa dalam perlindungan Allah. Video dibawah adalah ketika kami mengadakan kejutan di makmal kimia 😄













My lovely girlfriend 💕💕

Setelah habis sem 1 masukla aku ke sem 2, sem yang penuh dengan cabaran. Tetapi masih meninggalkan kenangan manis buat aku. Iaitu aku dan suzanna ingin membantu ijaa untuk membuat video pendek bagi menyiapkan blog dia. Jadi dia bercadang untuk aku, su, dan alia berkelah di tepi tasik. Kami pun pergila ke tasik membawa barang-barang yang diperlukan. Tiba-tiba kami terserempak dengan mawar, anis, Latifah dan Tasha. Kami pun menjemput mereka untuk berkelah sekali. Petang itu amat mendamaikan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kenangan yang terindah bila kami keluar dari matrik nanti.

I hope our relationship and memories never die and i always love you guys 💕💕






Aku sungguh bersyukur kerana dipertemukan dengan budak-budak kelas yang amat baik dan tak hipokrit. Aku akan merindui mereka setelah habis matrikulasi nanti. Aku harap persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Itu sahaja daripada aku untuk hari ini. Byee🙋👋



  

No comments:

Post a Comment

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...