Thursday 21 December 2017

SAHABAT



       Sahabat. Sahabat adalah seorang insan yang akan ada waktu kita susah dan senang. Mungkin kita ada ramai rakan dan teman tetapi sahabat? Adakah kita mempunyai seorang sahabat yang akan ada waktu susah senang kita? Hari ini saya nak menceritakan tentang seorang sahabat saya yang ada di saat saya memerlukannya.๐Ÿ‘ญ

    Saya mengenalinya sejak dibangku sekolah rendah lagi. Dia adalah seorang gadis yang boleh tahan comel๐Ÿ˜€ dan mempunyai gigi beras katanya. Dia seorang pelajar yang cemerlang dan tak kedekut ilmu. Setiap petang kami akan selalu bermain bersama dan berkongsi cerita. Kami bersekolah di sekolah rendah yang berbeza, kami berkenalan ketika kami belajar di sekolah agama di sebelah petang. Pada mulanya saya mengaggapnya seorang yang sombong tetapi sangkaan saya salah dia seorang yang peramah dan mudah didekati.
Waktu baru habis sekolah menengah

  Sewaktu di sekolah rendah dia kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kokurikulum kerana kurang keyakinan diri. Tetapi alhamdulillah sejak kami melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah saya dapati dia sangat berkeyakinan diri dan suka menceburkan diri dalam bidang kokurikulum. Dia akan mewakili acara lumba lari di setiap perlawanan yang diadakan. Sewaktu kami Tingkatan 1 kami tidak belajar dalam kelas yang sama. Dia di kelas yang pertama dan saya di kelas yang ketiga. ๐Ÿ˜ข

  Disebabkan kami kelas yang berbeza jadi kami jarang berjumpa di sekolah dan jarang rehat sekali. ๐Ÿ˜žJadi hubungan kami agak berenggang sedikit dari sebelumnya. Disebabkan itu saya berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk belajar di kelas yang sama dengan sahabat saya dan Alhamdulillah dengan berkat ibubapa dan usaha saya yang gigih saya dapat masuk ke kelas yang pertama dengan sahabat saya.

    Kami belajar bersama-sama dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di rumah sahabat saya. Dia akan mengajar saya subjek yang saya lemah dan kami saling tolong-menolong ketika di dalm kelas dan sewaktu belajar. Sewaktu kami tingkatan tiga, dia ada menyukai seseorang dan hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Dia (crush) seorang senior tingkatan 5 dan mengambil aliran sains. Setiap kali sahabat saya terserempak dengan dia (crush) wajah dia akan mempamirkan senyuman yang bahagia.๐Ÿ˜

    Penghujung tahun kami sebagai pelajar tingkatan tiga, sahabat saya dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan si dia(crush). Sahabat saya akan menceritakan segala-galanya tentang perasaan sedih gembira dia. Dan Alhamdulillah mereka masih bersama dan saya harap sampai ke jinjang pelamin.๐Ÿ˜ (Jangan lupa jemput kenduri)..

     Sewaktu kami di tingkatan empat kami berpisah kerana kelas yang berbeza. Sahabat saya mengambil aliran akaun dan saya pula aliran sains. Jadi kami akan berjumpa di sebelah petang untuk melepak dan belajar bersama. Tapi apakan daya langit tak selalunya cerah begitu juga hubungan kami sebagai sahabat. Kami bergaduh besar dan menyebabkan kami bermasam muka antara satu sama lain.๐Ÿ˜ฆ Kami bergaduh disebabkan punca yang kami sendiri pun tidak tahu kenapa dan akhirnya kami berbaik kembali.

     Sehingga sekarang walaupun kami tidak belajar di tempat yang sama, jarang berjumpa dan bertanya khabar kerana tempat belajar yang jauh dan tak dapat cuti yang sama, tapi kami tetap akan berkongsi perasaan jika ada masa yang terluang. Saya harapkan dia dan saya akan berkekalan  menjadi sahabat hingga ke Jannah. 




            DOAKU BUATMU SAHABATKU,

Walau dimana sahaja kau berada aku akan selalu bermohon kepada Allah agar kau akan sentiasa bahagia dan senantiasa di dalam Lindungan dan RahmatNya.Aminn..



Baju putih dikenali sebagai baby she is my one and only Sahabat.











Jadi itu sahaja untuk harini tentang sahabat. Jika anda mempunyai sahabat jagalah perhubungan anda dengan baik. Tinggalkan komen anda tentang sahabat jika ada. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri. Sekian terima kasih kerana membaca blog ini.๐Ÿ˜‰

     


Mari kita hayati video di atas.๐Ÿ’•

No comments:

Post a Comment

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...