Saturday, 24 February 2018

Percutian menarik di Bukit Merah





Assalamualaikum dan haiii semua ๐Ÿ˜„. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu tempat yang menarik untuk anda bercuti seisi keluarga. Anda pasti pernah terdengar atau terbaca tentang Bukit Merah Laketown Resort. Okey disini saya ingin memberikan pendedahan kepada anda, apakah Benda yang menarik yang terdapat di Bukit Merah Laketown Resort ini. 




 












Giant Tube Rides


Kids adventure river

Pemandangan dari atas kereta kabel



Bukit Merah Laketown Resort terletak di daerah Kerian, Perak. Mereka mempunyai beberapa pakej untuk pengunjung antaranya pakej ke waterpark, ecopark dan sebagainya. Keluasan Waterpark Laketown Resort adalah merangkumi 4 ekar. Ianya adalah salah satu taman tema air yang terbesar di utara tanah air. Tarikan menarik yang terdapat di waterpark adalah "boomerang ", pantai berpasir, kolam yang berombak, gelongsor air, " Giant tube rides", aktiviti kolam, "lazy river", Perak mining company", "kids adventure river","jambo shower" dan "waterpillar". Permainan Boomerang di Bukit Merah Waterpark ini merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini. 

Saya sekeluarga bercuti di Bukit Merah pada tahun lepas dan pengalaman di sini amat menarik lebih-lebih lagi kawasan water park yang amat menarik bagi saya kerana mempunyai pelbagai pilihan kolam yang disediakan. Saya amat teruja dengan salah satu kawasan kolam yang disediakan iaitu kolam yang berombak kerana kita akan terasa seolah-olah berada di laut. Seterusnya permainan boomerang juga amat menarik dan menakutkan bagi saya sebabnya ketika kita naik pelampung dan masuk dalam boomerang kita akan rasa seolah-olah ingin terpelanting dan terbang keluar dari situ (Amaran kepada kanak-kanak kerana umur dan berat yang tak mencukupi akan menyebabkan kemalangan). Waterpark sememangnya menjanjikan permainan yang menyeronokkan dan anda mesti merasai semua permainan yang ada.

Kawasan Ecopark 

Kawasan seterusnya adalah Ecopark. Ecopark pula merupakan kawasan yang menjanjikan anda kedamaian suasana hijau yang penuh dengan flora dan faunanya. Ianya menjanjikan anda percutian yang menarik bagi seisi keluarga anda. Keluasan Ecopark adalah 3 ekar yang mengandungi kawasan hidupan liar. Di sini mereka memberikan kemudahan kepada pengunjung dengan menyediakan laluan ke kawasan hidupan reptilia dan tropika  supaya pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat. Antara kemudahan yang disediakan di laluan tersebut seperti "skycycle",  Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di ecopark antaranya adalah reptilia, orang utan dan burung-burung di mana mereka mengekalkan habitat asal bagi haiwan-haiwan tersebut. 



Theme Park Combo Ticket
Ke waterpark, ecopark, Skycycle and paddle boat/kayak/kanu ( sekali masuk sahaja)
  1. Dewasa          - RM54
  2. Kanak-kanak - Rm40
  3. Kanak-kanak(bawah 12 tahun) - Percuma
  4. Warga emas/OKU - RM10


Theme Park Ticket
Ke waterpark dan ecopark (sekali masuk sahaja)
  1. Dewasa          - RM48
  2. Kanak-kanak - Rm38
  3. Kanak-kanak(bawah 12 tahun) - Percuma
Masa beroperasi adalah pada setiap hari, cuti Am dan cuti sekolah.

Setelah kami sekeluarga penat bermandi manda sambil bermain dan berjalan-jalan di ecopark kami singgah di sebuah hotel iaitu Hotel Laketown. Keadaan biliknya yang bersih dan kemas menjanjikan kepuasan kepada kami untuk menginap selama satu malam. Kami memilih hotel ini kerana harganya yang kena dengan bajet yang kami ada. 





Sekiranya pengunjung ingin merehatkan diri, anda bolehlah memilih sama ada ingin berehat di Kampung Air atau Hotel Laketown. 


Jika anda tidak menyukai Kampung Air, mereka juga menyediakan sebuah hotel iaitu Hotel Laketown untuk memberikan anda keselesaan ketika bercuti di Bukit Merah Laketown Resort. Hotel ini menyediakan bilik-bilik yang amat cantik dan sangat selesa. Antara bilik yang terdapat di sana adalah standard room, special room, deluxe room, Junior suite, dan kelisa emas (suite). 






Bilik di hotel bukit merah resort 












Kawasan sekitar di Kampung Air

Kampung Air






Jika anda memilih untuk bercuti di Kampung Air mereka menyediakan chalet-chalet yang akan memberikan keselesaan kepada anda sewaktu bercuti. Kampung Air merupakan beberapa chalet yang dibina di atas air. Ini adalah salah satu tarikan yang terdapat di Kampung Air. Kampung Air menyediakan chalet mengikut bajet yang anda inginkan dan akan memastikan anda berasa selesa ketika bercuti di sana. Antara chalet yang terdapat di sana adalah Seri Teratai Suite, Seri Lembayung Suite, Teratak Embun Villa, Rajawali Suite dan Cenderawasih Suite. 


Itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat bercuti ๐Ÿ˜Š




Saksikan video ini untuk melihat kawasan bukit merah waterpark dari atas kereta kabel.

Friday, 23 February 2018

Taiping Bandar Warisan




Assalammualaikum warga pembaca sekalian. Selamat bercuti kepada anda semua๐Ÿ˜. Pada hari ini saya ingin menunjukkan tempat-tempat yang menarik yang dapat anda kunjungi ketika berada di Taiping iaitu tempat kelahiran saya yang dikenali sebagai 'Taiping Bandar Warisan".

Okey pertama sekali saya nak ceritakan tentang asal usul nama bandar Taiping. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Bahasa Mandarin. Wujudnya nama Taiping adalah disebabkan tercetusnya dari pertelingkahan puak-puak pendatang dari Negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San yang begitu raai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, TAIPING telah dipilih untuk menjadi nama baru bagi bandar di daerah Larut ini. Taiping merupakan pusat bandar bagi Daerah Larut, Matang, dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong dan Pauh pula ialah sejenis buah manga yang bersaiz kecil.

Bandar ini terkenal dengan gelaran bandar orang pencen. Ini kerana ramai penduduk disini adalah pesara tak kira la sama ada kerajaan, swasta ataupun yang bekerja sendiri. Mungkin kerana keadaan bandar Taiping yang tenang dengan kehijauan landskapnya serta suasana yang sejuk dan segar yang menjadikannya bandar yang sesuai untuk didiami. Bandar Taiping juga merupakan kawasan tadahan air hujan kerana sering hujan dan yang paling banyak dituruni air hujan di Malaysia.



Taman Tasik Taiping yang merupakan kawasan perlombongan bijih timah


Jika anda ingin bersiar-siar sekitar bandar Taiping, anda boleh menyewa basikal ataupun beca yang telah disediakan. Sewa basikal hanya berharga RM20 untuk deposit dan harga sewanya mengikut jenis basikal dan berapa lama menggunakannya.



Saya di kawasan sewa basikal dan beca
Tempat sewa ini terletak berdekatan dengan MCD Taiping. Jadi tidak sukar untuk anda mencarinya.





 Sekiranya anda datang ke Taiping tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Bukit Larut. Bukit larut merupakan kawasan yang amat cantik dan kaya dengan alam semula jadinya. Dahulu Bukit Larut dikenali sebagai Bukit Maxwell yang kaya dengan kehijauan tumbuhan semula jadi, menjadi latar belakang yang mengagumkan kepada Bandar Taiping seawal tahun 1884. Pihak Inggeris telah menubuhkan tempat percutian di puncak tanah tinggi ini yang dikelilingi hutan tropika semula jadi bagi pegawai-pegawai mereka. Kebanyakan banglo masih dikekalkan sehingga hari ini. Ketinggian Bukit Larut adalah 1035 m atas paras laut. Bukit Larut merupakan resort tanah tinggi tertua dan terkecil di Malaysia. Pada masa dahulu wanita diusung menaiki kerusi- sedan kerana tiada laluan untuk kenderaan. Pihak Inggeris telah memperkenalkan penanaman teh pada ketinggian 650 m atas paras laut yang kemudiannya terbengkalai. Kini Bukit Larut masih kekal sebagai resort bukit.



Hotel yang dibina oleh orang Inggeris pada zaman dahulu yang masih digunakan sehingga kini




Saya berada di hadapan Rumah ' Assistant Resident' yang berusia 133 tahun

Seterusnya, kawasan yang bersejarah ini agak terpencil dari kawasan bandar kerana terletak di atas bukit Birch yang dikelilingi hutan. Kawasan ini menjadi tumpuan kepada warga emas untuk berjogging kerana kawasannya yang nyaman dan trek joggingnya yang singkat. Kawasan ini mempunyai sebuah banglo lama yang merupakan rumah 'Assistant Resident' pada suatu masa dahulu dan kini telah menjadi kediaman pegawai daerah Larut Matang dan Selama.





Pintu pagar depan Rumah 'Assistant Resident'



Seterusnya, tempat menarik yang terdapat di Taiping adalah Zoo Taiping & Night Safari.  Zoo Taiping & Night Safari merupakan sebuah organisasi berdaya maju yang menitikberatkan kebajikan haiwan serta memastikan kepuasan hati pengunjung. Zoo Taiping & Night Safari dibangunkan dalam kawasan seluas 36 ekar (14 hektar)  dan memiliki kira-kira 1300 ekor haiwan dari 140 spesis mamalia, burung, reptilia  dan ikan. Bayaran masuk ke Zoo Taiping dengan harga RM 16 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Manakala untuk Night Safari bayaran masuk untuk dewasa adalah RM 20 dan untuk kanak-kanak RM 10. Zoo Taiping & Night Safari memberikan diskaun kepada warga Taiping dan Kerian, pelawat yang berumur 20 tahun dan ke atas, rombongan sekolah, agensi pelancongan @ kerajaan dengan surat rasmi serta warga emas (60 tahun ke atas). Zoo Taiping dibuka setiap hari dan cuti Am (8.30 pagi-6.00 petang). Night Safari dibuka setiap malam dan cuti Am (8.00malam-12.00 malam). 

Kompleks Penjara Taiping 
Penjara Taiping telah dibina pada tahun 1879 semasa zaman pentadbiran Sir Hugh Low yang merupakan resident British yang ketiga di Negeri Perak. Pada tahun 1879 hingga  ke tahun 1960 pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris. Kompleks Penjara Taiping yang ditubuhkan pada tahun 1879 inj adalah merupakan kompleks penjara yang pertama dan tertua di Malaysia. 

Semasa penubuhannya, inilah penjara yang paling besar di Malaysia. Penjara Taiping telah dibina di atas tanah bentang dengan seluas 5.159 hektar. Segala pembinaan adalah dengan menggunakan tenaga buruh secara paksaan yang terdiri daripada tahanan perang atau banduan yang dibawa masuk dari India dan Afrika. Bahan-bahan binaan untuk mendirikan penjara pertama di Malaysia ini diimport dari England melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. 





Muzium Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium pertama di Malaysia. Bangunan muzium ini mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat "moor" di India yang digabungkan dengan seni bina "neo-classical " dan "victorian" masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris dari England. Idea penubuhan Muzium Perak dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketiga di
 Negeri Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semula jadi Negara. Beliau telah melantik Leonard Wray Jr. iaitu seorang ahli botani dan geologi untuk mengumpulkan spesimen-spesimen alam semula jadi dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak. Bahan bersejarah di dalam Muzium Perak ini berusia lebih dari seratus tahun. Harga masuk Muzium Perak adalah sangat berpatutan. 

Kenapa anda perlu datang ke Taiping kerana Taiping merupakan tempat kelahiran saya hehehe๐Ÿ˜›tapi  itu bukan point utamanya ๐Ÿ˜‚, point utamanya adalah kawasan Taiping akan memberikan anda kedamaian dan menjanjikan anda pengalaman yang menarik yang anda tidak dapat lupakan. 





Sekian itu info yang dapat saya berikan tentang tempat menarik di Taiping. Semoga anda  bergembira ketika berada di Taiping. 

Tempat-Tempat Menarik Di Batu Kurau



Pekan Batu Kurau
Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian. Harini saya ingin mendedahkan kepada anda tempat menarik yang ada di kampung saya iaitu Batu Kurau, Perak. Batu kurau adalah sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 20KM dari bandar Taiping. Majoriti penduduknya adalah petani dan pekebun yang berbangsa Melayu, Cina, Siam dan India. Batu Kurau paling terkenal dengan buah duriannya yang sangat bermutu tinggi dan dikenali di seluruh Malaysia. Antara jenis-jenis durian yang terkenal adalah durian bukit dan durian kampung. Setiap kali musim buah-buahan tiba pekan Batu Kurau ini akan padat dengan pelancong yang ingin menikmati keenakkan buah-buahan kampung ini. Selain disajikan dengan buah-buahan yang enak pelancong juga dapat menyertai pesta durian yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik dusun untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Batu Kurau. 



Buah Durian sebagai simbolik kepada pekan Batu Kurau


Batu Kurau juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik seperti kawasan rekreasi yang kaya dengan alam semula jadinya. Antara kawasan rekreasi yang terdapat di sana adalah Gunung Sempeneh. Gunung Sempeneh ini mempunyai beberapa buah gua yang terbentuk daripada batu kapur. Di sekitar gunung terdapat saliran air sungai dan beberapa buah gerai makan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang mengunjungi gunung tersebut.  Selain itu, terdapat satu mitos yang diceritakan oleh orang tua dahulu tentang sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Bersanding kerana di dalam gua tersebut mempunyai batu yang berbentuk seperti sepasang pengantin yang sedang bersanding. Kisah tentang nama gua tersebut adalah disebabkan tercetusnya salah faham di antara penunggu gua dengan pengantin tersebut. Penunggu gua itu bernama Sang Kelembai yang telah menyumpah sepasang pengantin itu dan mereka berubah menjadi batu. Tetapi ianya jelas kelihatan pada suatu masa dahulu dan kini ianya telah ditutup dengan lapisan batu kapur yang terbentuk di dalam gua. 

Pintu masuk ke Kampung Sempeneh

Gunung Sempeneh 
Kawasan Gunung Sempeneh 

Lebih kurang 3 KM dari Gunung Sempeneh terdapat sebuah kawasan perkelahan iaitu Sungai Sempeneh.  Di kawasan sungai tersebut disediakan beberapa kemudahan bagi pengunjung yang berkelah disitu seperti tandas awam, gerai makan, pondok untuk disewa dan tempat letak kereta yang berbayar. Keadaan air sungainya yang bersih dan sejuk memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk bermandi manda. Selain dari bermandi manda pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti lain seperti hari keluarga di situ. 



Pengunjung sedang bermandi manda 

Sungai Sempeneh


Pengunjung mengadakan Hari Keluarga 


Seterusnya, terdapat sebuah chalet iaitu Sempeneh River Front Chalet. Chalet ini dibina bagi pengunjung yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan ianya merupakan chalet yang berkonsepkan kabin yang pertama di Batu Kurau. Chalet ini juga akan menjanjikan kepuasan tersendiri dan anda dapat menikmati keindahan alam serta suasana pagi yang damai dan tenang. Chalet tersebut mempunyai 2 unit chalet VIP, 12 unit chalet standard dan 2 unit dorm. Pakej chalet ini adalah sangat berpatutan dengan keadaan biliknya yang sememangnya kemas, bersih dan selesa. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di chalet ini seperti Jungle Trecking, Flying fox, Jelajah gua, perkhemahan, karaoke keluarga, kembara malam, sukaneka dan aktiviti kompas. 


Chalet ini diuruskan oleh Aurarose Maju Enterprise. Jila anda ingin menginap di chalet ini anda bolehlah pergi ke talian 0195001640 . Anda juga boleh melihat suasana chalet ini di facebook Sempeneh River Front,  blog mereka Di Sempenehriverfront.blogspot.com dan email mereka iaitu Sempenehriverfront@gmail.com



   
Kawasan Sempeneh River Front Chalet 
Pengunjung mengadakan aktiviti Hari Keluarga





Hadiah yang disediakan oleh pengunjung sendiri untuk pemenang bagi aktiviti hari keluarga



Akhir sekali, kawasan yang anda boleh menghabiskan masa cuti anda adalah di Kurau Stone Fishing & Highland Stay. Kurau Stone terletak 23 KM dari bandar Taiping.Kurau Stone adalah sebuah tempat yang cantik dan mempunyai rumah tetamu, dorm dan chalet  yang cukup selesa serta dikelilingi oleh alam semulajadi.
Kaunter pendaftaran

Pengunjung dapat merasai suasana pagi dengan kicauan burung-burung dan di waktu petangnya anda dapat mendengar bunyi cengkerik pada waktu malam.Tempat ini adalah pilihan yang terbaik bagi pengunjung yang sukakan alam semulajadi. Di sini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan menarik mengikut pakej dengan harga yang berpatutan.

Pakej yang disediakan di Kurau Stone Fishing & Highland Stay adalah seperti berikut:
  1. Kurau Stone caving exploration package - RM250 / seorang
  2. Batu Kurau & Anak Kurau-Bukit Larut nature adventure package - RM 450 / seorang
  3. "Village Sightseeing" @ Batu Kurau package - RM250 / seorang
  4. Kurau Stone-nature adventure package - RM250 / seorang
  5. Kurau Stone-Larut ATV adventure package - RM200 / seorang
  6. Kurau Stone-Bukit Larut package - RM150 / seorang
  7. Kurau Stone-Taiping Heritage package - RM200 / seorang
  8. Kurau Stone-Cultural dinner show - RM250 / seorang
  9. Kurau Stone-Kuala Sepetang package - RM300 / seorang


Anda boleh membuat tempahan di talian 058881888 / 0194082511 dan melihat pakej yang disediakan di facebook iaitu @kuraustoneresort, Instagram iaitu @kuraustonechalet, laman web mereka iaitu www.kuraustone.com dan akhir sekali melalui email iaitu mykuraustone@gmail.com

Itu sahaja info yang dapat saya sediakan kepada anda. Sekian berjumpa lagi.๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ™†


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...