Saturday, 24 February 2018

Percutian menarik di Bukit Merah





Assalamualaikum dan haiii semua 😄. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu tempat yang menarik untuk anda bercuti seisi keluarga. Anda pasti pernah terdengar atau terbaca tentang Bukit Merah Laketown Resort. Okey disini saya ingin memberikan pendedahan kepada anda, apakah Benda yang menarik yang terdapat di Bukit Merah Laketown Resort ini. 




 












Giant Tube Rides


Kids adventure river

Pemandangan dari atas kereta kabel



Bukit Merah Laketown Resort terletak di daerah Kerian, Perak. Mereka mempunyai beberapa pakej untuk pengunjung antaranya pakej ke waterpark, ecopark dan sebagainya. Keluasan Waterpark Laketown Resort adalah merangkumi 4 ekar. Ianya adalah salah satu taman tema air yang terbesar di utara tanah air. Tarikan menarik yang terdapat di waterpark adalah "boomerang ", pantai berpasir, kolam yang berombak, gelongsor air, " Giant tube rides", aktiviti kolam, "lazy river", Perak mining company", "kids adventure river","jambo shower" dan "waterpillar". Permainan Boomerang di Bukit Merah Waterpark ini merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini. 

Saya sekeluarga bercuti di Bukit Merah pada tahun lepas dan pengalaman di sini amat menarik lebih-lebih lagi kawasan water park yang amat menarik bagi saya kerana mempunyai pelbagai pilihan kolam yang disediakan. Saya amat teruja dengan salah satu kawasan kolam yang disediakan iaitu kolam yang berombak kerana kita akan terasa seolah-olah berada di laut. Seterusnya permainan boomerang juga amat menarik dan menakutkan bagi saya sebabnya ketika kita naik pelampung dan masuk dalam boomerang kita akan rasa seolah-olah ingin terpelanting dan terbang keluar dari situ (Amaran kepada kanak-kanak kerana umur dan berat yang tak mencukupi akan menyebabkan kemalangan). Waterpark sememangnya menjanjikan permainan yang menyeronokkan dan anda mesti merasai semua permainan yang ada.

Kawasan Ecopark 

Kawasan seterusnya adalah Ecopark. Ecopark pula merupakan kawasan yang menjanjikan anda kedamaian suasana hijau yang penuh dengan flora dan faunanya. Ianya menjanjikan anda percutian yang menarik bagi seisi keluarga anda. Keluasan Ecopark adalah 3 ekar yang mengandungi kawasan hidupan liar. Di sini mereka memberikan kemudahan kepada pengunjung dengan menyediakan laluan ke kawasan hidupan reptilia dan tropika  supaya pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat. Antara kemudahan yang disediakan di laluan tersebut seperti "skycycle",  Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di ecopark antaranya adalah reptilia, orang utan dan burung-burung di mana mereka mengekalkan habitat asal bagi haiwan-haiwan tersebut. 



Theme Park Combo Ticket
Ke waterpark, ecopark, Skycycle and paddle boat/kayak/kanu ( sekali masuk sahaja)
  1. Dewasa          - RM54
  2. Kanak-kanak - Rm40
  3. Kanak-kanak(bawah 12 tahun) - Percuma
  4. Warga emas/OKU - RM10


Theme Park Ticket
Ke waterpark dan ecopark (sekali masuk sahaja)
  1. Dewasa          - RM48
  2. Kanak-kanak - Rm38
  3. Kanak-kanak(bawah 12 tahun) - Percuma
Masa beroperasi adalah pada setiap hari, cuti Am dan cuti sekolah.

Setelah kami sekeluarga penat bermandi manda sambil bermain dan berjalan-jalan di ecopark kami singgah di sebuah hotel iaitu Hotel Laketown. Keadaan biliknya yang bersih dan kemas menjanjikan kepuasan kepada kami untuk menginap selama satu malam. Kami memilih hotel ini kerana harganya yang kena dengan bajet yang kami ada. 





Sekiranya pengunjung ingin merehatkan diri, anda bolehlah memilih sama ada ingin berehat di Kampung Air atau Hotel Laketown. 


Jika anda tidak menyukai Kampung Air, mereka juga menyediakan sebuah hotel iaitu Hotel Laketown untuk memberikan anda keselesaan ketika bercuti di Bukit Merah Laketown Resort. Hotel ini menyediakan bilik-bilik yang amat cantik dan sangat selesa. Antara bilik yang terdapat di sana adalah standard room, special room, deluxe room, Junior suite, dan kelisa emas (suite). 






Bilik di hotel bukit merah resort 












Kawasan sekitar di Kampung Air

Kampung Air






Jika anda memilih untuk bercuti di Kampung Air mereka menyediakan chalet-chalet yang akan memberikan keselesaan kepada anda sewaktu bercuti. Kampung Air merupakan beberapa chalet yang dibina di atas air. Ini adalah salah satu tarikan yang terdapat di Kampung Air. Kampung Air menyediakan chalet mengikut bajet yang anda inginkan dan akan memastikan anda berasa selesa ketika bercuti di sana. Antara chalet yang terdapat di sana adalah Seri Teratai Suite, Seri Lembayung Suite, Teratak Embun Villa, Rajawali Suite dan Cenderawasih Suite. 


Itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat bercuti 😊




Saksikan video ini untuk melihat kawasan bukit merah waterpark dari atas kereta kabel.

No comments:

Post a Comment

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...