Assalamualaikum kepada pembaca blog yang saya amat sayangi. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Perkara yang ingin saya bincangkan pada hari ini adalah perkara yang akan menyentuh jiwa kecil kita. Ianya adalah tentang Ibu.
Ibu, Umi, Emak, Bonda, Mak, walau apapun panggilan yang diberikan dia adalah insan yang mulia yang telah melahirkan, menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang. Tangan lembut ibu yang menyuapkan kita makan, tangan lembut ibu yang mendidik dan dengan tangan itulah kita diberi kasih sayang sepenuhnya. Ibu, walau bagaimana susah pun dia, dia tetap tersenyum dan menyenangkan kita walaupun kita selalu menyusahkan dia. Sedegil manapun kita sekasar manapun tindakan kita terhadap dia, dia tetap mendoakan kesejahteraan kita. Kita tak suka dengar bebelan dia. Kita rimas bila dia terlalu mengongkong hidup kita. Pernahkah anda terfikir jika suatu hari ketika anda celikkan mata, tiada lagi bayangan seorang ibu, tiada lagi suara yang membisingkan dengan omelan-omelan yang tak menyenangkan, tiada lagi belaian ibu yang penuh kasih dan manja? Pernahkah? Ketika ini anda renungkan sejenak perkara-perkara yang anda telah lakukan terhadap ibu anda. Banyak perkara baik ataupun buruk? Anda fikirkan sendiri.
Sebelum itu anda hayatilah video ini untuk menjadi nasihat pada diri sendiri.
Ibu aku seorang wanita yang hidupnya sangat sederhana dan seorang OKU. Walaupun dia seorang yang kurang keupayaan tapi apa yang aku lihat pada dia, dia mampu buat lebih dari orang yang sempurna mampu buat. Ibu sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Walaupun begitu dia mampu melakukan segala tugasan dengan sempurna. Dia memberikan didikan dan contoh teladan yang baik terhadap anak-anaknya. Walaupun ibu sakit, susah, dia tetap tersenyum dan membuat segalanya sendiri. Dahulu kami susah, ibu akan mencuci baju-baju kami sekeluarga dengan tangannya sendiri setiap hari. Tetapi ibu takpernah merungut walau sedikit pun. Dari tangan ibu yang lembut telah berubah menjadi kasar dan keras. Ibu takpernah minta ayah belikan mesin basuh sebab ibu taknak membazirkan duit untuk diri dia, apa yang dia fikirkan hanya keperluan anak-anak dan keluarga yang cukup. Ibu adalah tempat aku menceritakan segalanya. Tentang sekolah, kawan, cinta dan macam-macam lagi. Walaupun ibu penat ibu tetap melayan perangai gila-gila aku. Aku bersyukur aku masih ada ibu. Sungguh aku takmampu bayangkan kalau suatu hari nanti ibu pergi tinggalkan aku. Apa yang aku lihat sekarang adalah ibu orang lain yang pergi dahulu dan aku harapkan biarlah aku pergi dahulu sebelum ibu sebab aku takmampu untuk menempuhi hidup aku tanpa seorang ibu, sahabat dan pendengar yang setia di setiap cerita aku.
Masih aku ingat sewaktu aku baru masuk ke sekolah rendah aku tak mampu berjauhan dari ibu dan setiap hari ibu akan datang ke sekolah temankan aku sewaktu rehat. Jarak antara sekolah aku dan rumah jauhnya lebih dari 10km. Ibu takpernah sikit pun mengeluh walaupun aku tahu ibu sangat penat dengan urusan keluarga dan persekolahan aku. Ibu yang akan menghantarkan makanan dan mengambil aku balik dari sekolah. Begitulah rutin ibu setiap hari sampailah aku masuk ke darjah 3. Alhamdulillah aku dah boleh berdikari, ibu tak payah susah-suah datang hantarkan makanan ibu cuma perlu ambil aku dari sekolah sahaja.
Sewaktu di sekolah menengah, aku sememangnya bukanlah pelajar harapan, selalu diperlekehkan oleh guru-guru dan kawan-kawa. Tetapi ibu tetap percaya pada keupayaan aku, dia tahu aku mampu dan alhamdulillah keputusan SPM aku mencapai target yang aku inginkan. Subjek yang paling tak digemari adalah matematik. Aku selalu mendapat markah yang tak berapa cantik dari kawan-kawan yang lain. Sewaktu percubaan SPM aku gagal dalam mata pelajaran matematik. Aku rasa dunia aku gelap aku rasa aku tanpamu tapi dia, iaitu ibu yang selalu memberikan dorongan kepada aku bahawa aku mampu buat dan aku berjaya mendapat A dalam matematik sewaktu SPM.
Ketika remaja lain ingin keluar berseronok dengan rakan-rakan mereka tanpa perlukan keizinan ibubapa mereka, mereka mampu membuat segala yang mereka inginkan tetapi aku? Ibu ayah aku bukanlah insan yang boleh melepaskan anak mereka untuk berseronok. Mungkin dulu aku selalu marah dan takpuas hati kenapa aku tak boleh buat itu ini tapi orang lain boleh? Sekarang aku dapat jawapannya, ibu ayah sayangkan aku, mereka tanak terjadi pape pada aku dan aku bersyukur kerana mendapat restu ibu dan ayah.
Tanpa restu orang tua kita tak akan selamat di dunia dan akhirat. Mungkin anda terfikir kenapa perlu saya cerita tentang kisah saya ini? Betulkan? Saya menceritakan kisah saya ini hanya untuk melepaskan apa yang tersimpan di dalam hati. Mungkin hidup saya tidak sesusah atau sehebat anda tapi saya harap anda dapat mencari perkara yang penting dalam cerita saya iaitu jujur pada setiap perkara yang anda lakukan, restu seorang ibu dalam melakukan sesuatu perkara dan ingat setiap pengorbanan yang ibu kita telah lakukan terhadap diri kita.
Renung-renugkan video ini. Pada anda yang masih ada ibu sayangilah dia jagalah dia sebaik mungkin. Jika dia sudah tiada doakan kesejahteraan dia disana. Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn
Sekian itu sahaja untuk hari ini, semoga kisah yang dipamerkan ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk diri kita.
Semoga jumpa lagi. Byeeee 😄
No comments:
Post a Comment