Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih kerana tetap membaca blog ini walaupun kurang menarik. Saya harap dengan perkongsian saya dapat hari ini dapat memberikan inspirasi serta manfaat kepada anda. Hari ini saya ingin menghuraikan tentang wujudkah kebetulan?
Kita sering kali terdengar dari kawan-kawan ataupun diri sendiri pernah menyebut tentang kebetulan. Contohnya Encik S ingin sangat bertemu dengan Cik A dan tiba-tiba dia terserempak dengan Cik A. Adakah ianya satu kebetulan? Tidak ianya bukan kebetulan tetapi telah ditakdirkan oleh Allah tentang pertemuan itu. Allah menemukan kita dengan seseorang yang ingin sekali kita jumpa kerana ingin menghiburkan hati kita yang sedang berduka. Ianya adalah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
Bila kita terasa terlalu gembira Allah mendatangkan kesedihan kepada kita, bukannya kerana Dia benci tetapi Dia ingin hambaNya sentiasa ingat padaNya walau bagaimana keadaan sekalipun. Contohnya ketika kita sedang bergembira dengan peperiksaan akhir kita tiba-tiba kita mendapat berita tentang kematian ahli keluarga kita yang paling kita sayang, Adakah ini dinamakan kebetulan? Tidak sayang Allah tidak akan menduga hambaNya jika hambaNya tidak mampu dan ini bukanlah sesuatu yang kebetulan. Ini adalah sebagai bukti yang Allah ingin mendengar rayuan dan rintihan kita kerana selama ini mungkin kita lalai dalam mengingatinya.
Jika anda ingin tahu bahawa istilah kebetulan tidak pernah wujud dalam Islam. Semua yang berlaku adalah ketentuannya dariNya. Kita sebagai orang Islam sewajibnya percaya dengan ketentuan dan takdir yang telah Allah aturkan kepada kita dan bukannya ia kebetulan. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat menyambung pengajian di luar negara, ia juga bukanlah satu kebetulan tetapi rencana yang Allah telah aturkan kepada kita sebelum roh ditiupkan kedalam jasad kita lagi.
Renungkan sejenak sambil menghayati video di bawah ini dan lebih memahami tentang tiada yang kebetulan dalam hidup kita.
Itu sahaja pada hari ini. Insyaallah di lain masa kita akan bertemu kembali. Semoga anda yang membaca blog ini sentiasa dalam rahmatNya. Aminn😄
No comments:
Post a Comment