Assalamualaikum kepada pembaca blog yang aku amat sayangi. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Hari ini tajuk yang ingin aku ceritakan adalah tentang haiwan kesayangan aku.
Aku mempunyai beberapa ekor kucing tetapi yang paling aku sayangi adalah seekor kucing yang bernama kechik. Kechik seekor kucing jantan yang aktif dan mendengar kata. Setiap kali aku balik dari sekolah dia mesti akan datang kat aku. Waktu aku sedih, gembira, marah dia mesti ada. Walaupun dia seekor binatang tapi aku rasa dia faham aku. Aku sayang dia sangat.
Semua kucing yang aku bela aku ajar dia kencing, berak dalam lubang jamban. Satu hari aku dengar yang kechik mengiau dalam tandas macam dia nak bagitau sesuatu. Aku tengok kechik tengah kencing tapi kencing dia warna kuning. So aku rasa takda masalah pon dengan warna air kencing dia tu. Tapi bila dia buang air besar aku ternampak yang taik dia ada darah. Jadi aku just fikir yang dia mungkin nak kena buasir la kot 😂.
Keadaan macamtu terus berlaku dan makin kerap berlaku dan kadang-kadang dia kencing keluar darah. Aku dah mula risau aku ajak ibu bawak dia pergi klinik. Ibu kata takda pape mungkin dia salah makan. Aku cuba nak think positif. Walaupun macamtu keadaannya kechik tak nampak macam dia sakit sebab selalunya kalau kucing yang sakit, kucing lebih suka bersendiri dan termenung taknak makan dan minum. Berlainan dengan kechik dia sangat aktif dan kuat makan.
Aku pun sambung pelajaran ke matrik, waktu aku kat matrik aku selalu tanya ibu keadaan kechik. Bila aku balik cuti pon aku terus cari kechik nak lepaskan rindu. Hari berganti hari, cuti berganti cuti, satu hari tu aku tengah cuti aku tengok kechik dah lain, dia dah tak aktif tak makan tak minum. Aku cuba cakap dengan dia, selalunya dia mesti akan sahut kalau aku panggil tapi kalini dia diam je. Esoknya aku kena balik matrik aku tanak tinggal kechik dalam keadaan macamtu aku paksa ibu ayah bawak dia pergi klinik tapi kami bukanla orang senang. Rawatan untuk kucing bukannya murah. Jadi aku pun balik matrik dengan hati yang tak tenang. Dua tiga hari selepas itu aku dapat tahu yang kechik dah mati. Aku tak percaya. Serius aku cakap ini yang pertama kali aku menangis semahu mahu aku disebabkan seekor kucing yang bernama kechik. Aku tak boleh terima kenyataan yang kechik dah mati. Bila aku tengok balik video aku dengan dia aku menangis. Aku cerita dekat kawan-kawan aku pasal kucing aku mati. Tapi reaksi mereka sangat tak membantu. Diorang tak rasa apa aku rasa. Hanya orang yang sayangkan haiwan je yang tahu perasaan macamni.
Inilah kechik |
Sekarang hampir masuk 10 bulan kematian kechik. Takda kucing yang dapat gantikan kechik. Dia lain dari yang lain. Aku sayang dia sangat. Tapi tula nak buat macam mana semuanya kehendak Ilahi. Aku gembira untuk dia sebab dia tak perlu nak rasa sakit lagi.
Itu aja perkongsian cerita aku tentang haiwan kesayangan aku. Kalau korang nampak haiwan korang sakit bawakla pergi klinik tak perlu nak fikirkan kos perubatan asalkan dia sihat dah cukup. Aku takkam lupakan kucing yang pernah menggembirakan aku. Terima kasih kechik aku sayang hang sampai bila-bila.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku semoga korang sentiasa dalam lindungan Allah.
kucing baru yang dtg tak sama yang dah takde huhu, meh jemput singgah https://amarbiovet.com
ReplyDelete