Thursday, 28 December 2017

REDHA


 
  
Assalammualaikum kepada semua pembaca blog sekalian. Hari ini saya ingin memberikan sedikit motivasi kepada anda yang mungkin baru sahaja mendapat keputusan UPSR, PT3, SPM, PSPM, dan sebagainya. Sebelum itu, saya mengucapkan Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlangπŸ‘ dan kepada yang kurang mendapat keputusan yang baik, jangan kecewa dan putus asa, anda masih ada banyak peluang untuk membaiki usaha anda untuk mendapatkan yang lebih baik pada peperiksaan yang seterusnya.πŸ‘

Imej yang berkaitan


      Adakah anda tahu apakah itu redha? Adakah anda Redha dengan keputusan yang anda dapat? Mari kita teruskan membaca untuk mengetahui sama ada kita redha atau tidak.

  Redha menurut Ibn Rajab AlHanbali, Redha ialah suatu perasaan yang berlawanan dengan hawa nafsu. Contohnya, anda ingin mendapatkan keputusan straight A's dalam setiap peperiksaan, namun anda telah gagal untuk memperolehinya dan anda mampu untuk menerima kenyataan walaupun mendapat keputusan yang sebaliknya. 

   Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi adalah redha akan Qada(kehendak)
dan Qadar(keputusan takdir) Allah dengan tabah dan lapang dada.

Percaya kepada Qada dan Qadar Allah adalah Rukun Iman yang keenam yang wajib kita sebagai orang Islam percaya. Allah merancang segala yang terjadi kepada diri kita sejak azali. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika kita tidak dapat keputusan yang baik jangan kita salahkan takdir tapi salahkan diri sendiri yang kurang usaha untuk menuntut ilmu. Baiklah mungkin anda telah berusaha tapi masih tidak mendapat kejayaan yang anda mahukan. Anda perlu muhasabah diri, mungkin anda ada melakukan sesuatu yang membuatkan anda sukar untuk mendapatkan kejayaan.

Antara sebab anda tidak mendapat kejayaan:
  1. Tidak mendapat keredhaan daripada orang tua. Ibu bapa tidak redha dengan anda kerana anda telah menyakiti hati mereka tanpa anda sedar.
  2. Tidak menghormati guru yang mengajar. Guru yang mengajar anda mungkin seorang guru, pensyarah, rakan anda dan sebagainya. 
  3. Kurang rasa syukur dengan apa yang dapat. Contohnya anda mendapat markah kurang sedikit dari rakan anda dan anda menginginkan lebih dari dia.
  4. Melengah-lengahkan solat atau jarang-jarang solat. Anda ingin mendapatkan kejayaan tetapi anda sendiri yang tidak berusaha untuk meminta pada Yang Maha Kuasa. Ini menunjukkan yang anda sombong terhadap Tuhan yang menciptakan anda.
  5. Kedekut ilmu dengan orang lain. Mungkin anda mempunyai rakan yang kurang bijak dalam sesuatu subjek dan meminta anda untuk membantunya dengan mengajarnya subjek tersebut.Tetapi disebabkan anda merasakan bahawa anda tidak mempunyai masa unruk mengajarnya, anda mengambil langkah untuk tidak mempedulikannya.  

Ibubapa adalah insan yang seharusnya kita kasihi dan sayangi. Sejauh manapun anda menuntut ilmu jika anda tidak mendapat redha mereka, sia-sia sahaja. Anda mestilah selalu menelefon mereka walaupun anda sibuk dengan tugasan-tugasan yang pensyarah atau guru berikan. Mungkin mereka tidak kisah jika anda tidak menelefon mereka dan bertanya khabar, tapi jauh disudut hati mereka mereka terluka. Kita sebagai anak mesti bijak untuk menbahagikan masa untuk ibubapa kita dan pelajaran. Takkanlah bersembang berjam-jam dengan kekasih boleh tapi telefon ibu untuk 5 minit tak boleh kan?πŸ˜‘
  
Menghormati guru adalah sukar bagi sesetengah pelajar yang bermasalah. Mungkin anda mempunyai guru yang gemar memalukan anda dan merendah-rendahkan anda dalam pelajaran atau apapun yang anda lakukan. Biarkan mereka melakukannya terhadap diri anda. Anda mengambil kata-kata yang mereka lontarkan sebagai satu motivasi terhadap diri anda untuk menjadi yang terbaik dan membuktikan kepada mereka bahawa kata-kata mereka terhadap anda adalah salah. Kita sebagai anak murid jangan pula kita melawan mereka(Guru) dengan kata-kata tapi dengan kejayaan yang kita akan dapat.

Mari kita lihat video dibawah ini dan renungkan..


Syukur. Syukur terhadap sesuatu yang kita lakukan pada setiap hari adalah salah satu tanda terima kasih dan penghargaan kita terhadap diri sendiri. Kita mampu bangun pagi dan melakukan kerja harian kita dengan lancar adalah salah satu nikmat yang Allah telah berikan dan kita wajib bersyukur. Jika kita ditimpa sakit ketika peperiksaan dan sebagainya, kita tetap kena bersyukur kerana sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil kita. Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk menghapuskan dosa-dosa kita.

    Solat adalah tiang agama, jika hilang satu tiang habis robohlah segala yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Solat adalah salah satu cara kita untuk mendapatkan kejayaan di Dunia dan akhirat. Allah akan memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki dan Allah akan memberikannya pada waktu yang tepat. Allah mendengar setiap doa hambaNya tidak kira bangsa mahupun keturunan. Kita sebagai hambaNya mestilah berusaha dengan meminta pertolongan dariNya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan. Kita diibaratkan seperti peminta sedekah yang berusaha menadah tangan dengan meminta duit daripada orang yang lalu dihadapan kita. Kita adalah hamba yang kerdil yang seharusnya meminta sesuatu hanya kepada Allah dan bukan mengharapkan manusia dan selain dariNya.

Jika anda seorang manusia yang mempunyai kepandaian dalam sesuatu perkara, janganlah anda kedekut ilmu dengan orang lain. Kongsikanlah ilmu yang anda ada agar ilmu yang anda kongsikan akan terus bertambah. Jika anda membantu dengan meringankan beban orang lain Allah akan melipat gandakan ilmu anda dan melancarkan anda untuk mendapat kejayaan. Jika rakan anda meminta pertolongan anda untuk mengajarkan mereka, janganlah anda menolak dan ajarkanlah mereka. Mereka akan mendoakan kejayaan anda tanpa anda sedari.

Hasil carian imej untuk REDHA 

Jadilah manusia yang Redha kerana;
  
Orang yang HEBAT sentiasa CERIA walau hatinya terluka,

Orang yang HEBAT sentiasa MENYAPU AIR MATANYA dengan senyum ketawa,

Orang yang HEBAT selalu REDHA yang dugaan itu adalah tanda kasih sayang Allah.

Thursday, 21 December 2017

SAHABAT



       Sahabat. Sahabat adalah seorang insan yang akan ada waktu kita susah dan senang. Mungkin kita ada ramai rakan dan teman tetapi sahabat? Adakah kita mempunyai seorang sahabat yang akan ada waktu susah senang kita? Hari ini saya nak menceritakan tentang seorang sahabat saya yang ada di saat saya memerlukannya.πŸ‘­

    Saya mengenalinya sejak dibangku sekolah rendah lagi. Dia adalah seorang gadis yang boleh tahan comelπŸ˜€ dan mempunyai gigi beras katanya. Dia seorang pelajar yang cemerlang dan tak kedekut ilmu. Setiap petang kami akan selalu bermain bersama dan berkongsi cerita. Kami bersekolah di sekolah rendah yang berbeza, kami berkenalan ketika kami belajar di sekolah agama di sebelah petang. Pada mulanya saya mengaggapnya seorang yang sombong tetapi sangkaan saya salah dia seorang yang peramah dan mudah didekati.
Waktu baru habis sekolah menengah

  Sewaktu di sekolah rendah dia kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kokurikulum kerana kurang keyakinan diri. Tetapi alhamdulillah sejak kami melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah saya dapati dia sangat berkeyakinan diri dan suka menceburkan diri dalam bidang kokurikulum. Dia akan mewakili acara lumba lari di setiap perlawanan yang diadakan. Sewaktu kami Tingkatan 1 kami tidak belajar dalam kelas yang sama. Dia di kelas yang pertama dan saya di kelas yang ketiga. 😒

  Disebabkan kami kelas yang berbeza jadi kami jarang berjumpa di sekolah dan jarang rehat sekali. 😞Jadi hubungan kami agak berenggang sedikit dari sebelumnya. Disebabkan itu saya berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk belajar di kelas yang sama dengan sahabat saya dan Alhamdulillah dengan berkat ibubapa dan usaha saya yang gigih saya dapat masuk ke kelas yang pertama dengan sahabat saya.

    Kami belajar bersama-sama dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di rumah sahabat saya. Dia akan mengajar saya subjek yang saya lemah dan kami saling tolong-menolong ketika di dalm kelas dan sewaktu belajar. Sewaktu kami tingkatan tiga, dia ada menyukai seseorang dan hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Dia (crush) seorang senior tingkatan 5 dan mengambil aliran sains. Setiap kali sahabat saya terserempak dengan dia (crush) wajah dia akan mempamirkan senyuman yang bahagia.😁

    Penghujung tahun kami sebagai pelajar tingkatan tiga, sahabat saya dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan si dia(crush). Sahabat saya akan menceritakan segala-galanya tentang perasaan sedih gembira dia. Dan Alhamdulillah mereka masih bersama dan saya harap sampai ke jinjang pelamin.😝 (Jangan lupa jemput kenduri)..

     Sewaktu kami di tingkatan empat kami berpisah kerana kelas yang berbeza. Sahabat saya mengambil aliran akaun dan saya pula aliran sains. Jadi kami akan berjumpa di sebelah petang untuk melepak dan belajar bersama. Tapi apakan daya langit tak selalunya cerah begitu juga hubungan kami sebagai sahabat. Kami bergaduh besar dan menyebabkan kami bermasam muka antara satu sama lain.😦 Kami bergaduh disebabkan punca yang kami sendiri pun tidak tahu kenapa dan akhirnya kami berbaik kembali.

     Sehingga sekarang walaupun kami tidak belajar di tempat yang sama, jarang berjumpa dan bertanya khabar kerana tempat belajar yang jauh dan tak dapat cuti yang sama, tapi kami tetap akan berkongsi perasaan jika ada masa yang terluang. Saya harapkan dia dan saya akan berkekalan  menjadi sahabat hingga ke Jannah. 




            DOAKU BUATMU SAHABATKU,

Walau dimana sahaja kau berada aku akan selalu bermohon kepada Allah agar kau akan sentiasa bahagia dan senantiasa di dalam Lindungan dan RahmatNya.Aminn..



Baju putih dikenali sebagai baby she is my one and only Sahabat.











Jadi itu sahaja untuk harini tentang sahabat. Jika anda mempunyai sahabat jagalah perhubungan anda dengan baik. Tinggalkan komen anda tentang sahabat jika ada. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri. Sekian terima kasih kerana membaca blog ini.πŸ˜‰

     


Mari kita hayati video di atas.πŸ’•

Thursday, 14 December 2017

KAWAN BARU

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sekalian. Hari ini aku ingin menceritakan tentang kawan baru yang aku jumpa di kolej matrikulasi.



Gambar pertama sebelum balik rumah nak sambut raya pelajar kelas DF1P05/06









Pelajar DF1P05 bersama cikgu fizik yang cantik manis cikgu Alin πŸ’•



Kisahnya bermula pada bulan Mei 2017 iaitu aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada mulanya aku berasa berat hati untuk berjauhan dengan ibu ayah sebabnya aku tak pernah jauh dari mereka. Asimilasi dijalankan selama 3 hari. Aku risau kalau aku tak dapat kawan yang boleh masuk dengan perangai aku. Aku pun dimasukkan ke sebuah kelas iaitu DF1P05 iaitu kelas untuk modul 2. Ketika itu baru aku kenali kawan-kawan baru aku yang sama kelas dengan aku. Aku cuma tahu muka tapi susah nak ingat nama so aku just panggil aku hang je. Nasib dpe tak kisah. Hari berganti hari, ada rakan-rakan aku yang tak berminat untuk masuk ke modul dua jadi mereka minta untuk tukar ke modul lain dan akhirnya belum sempat aku mengingat nama rakan kelasku bertukar lagi.Jadi adalah pelajar dari modul lain yang masuk ke kelas aku dan kamu menjadi rakan sekelas. 

Setelah beberapa minggu kami bersama sebagai satu kelas pengalaman pertama yang tak dapat aku lupakan adalah pengalaman di mana kami diberi tugasan untuk membuat video lakonan bagi subjek dinamika. Jadi kelas aku ingin membuat video pendek bertajuk 5 Prinsip Rukun Negara. Video di bawah adalah salah satu scene di dalam video pendek kami. 😊






Barisan pelakon adalah:

  1. Haikal sebagai narrator, perdana menteri Malaysia yang pertama, budak nakal
  2. Syahir sebagai tokbomoh, budak nakal, pelajar pandai , remaja yang berminat dengan daesh,polis
  3. Razif sebagai guru, pegawai,pekerja
  4. Mawarniee sebagai wartawan, anak tok bomoh
  5. Natasha sebagai makcik
  6. Anis sebagai penjual
  7. Aku sebagai anak pembeli, budak nakal
  8. Suzanna sebagai penjual, budak baik
  9. Khadijah sebagai pembeli, boss
  10. Nabila sebagai budak nakal
  11. Latifah sebagai budak nakal 
  12. Alia sebagai budak baik
  13. Fuzaimi sebagai jurukamera, juruedit di belakang tabir. 









Pengalaman berlakon ini amat seronok kerana kami melakukan aktiviti ini sebagai satu kumpulan. Alhamdulillah tugasan yang diberikan dapat disiapkan sebelum tarikh tutup.

Ketika menyambut hari lahir KJ sains

Seterusnya pengalaman yang aku tak dapat lupakan Adalah ketika kami menyambut hari jadi kj sains. Kami membuat surprise birthday untuk beliau. Sungguh aku tak sangka menjadi rupanya prank kami. Alhamdulillah disambut baik oleh cikgu. Kj sangat baik dengan kami disebabkan dia aku minat dengan subjek kimia walaupun dulu tak pernah nak lulus dan alhamdulillah atas kehendak Allah aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam PSPM untuk subjek kimia. Terima kasih cikgu kerana mendidik kami dengan sabar. Semoga cikgu sentiasa dalam perlindungan Allah. Video dibawah adalah ketika kami mengadakan kejutan di makmal kimia πŸ˜„













My lovely girlfriend πŸ’•πŸ’•

Setelah habis sem 1 masukla aku ke sem 2, sem yang penuh dengan cabaran. Tetapi masih meninggalkan kenangan manis buat aku. Iaitu aku dan suzanna ingin membantu ijaa untuk membuat video pendek bagi menyiapkan blog dia. Jadi dia bercadang untuk aku, su, dan alia berkelah di tepi tasik. Kami pun pergila ke tasik membawa barang-barang yang diperlukan. Tiba-tiba kami terserempak dengan mawar, anis, Latifah dan Tasha. Kami pun menjemput mereka untuk berkelah sekali. Petang itu amat mendamaikan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kenangan yang terindah bila kami keluar dari matrik nanti.

I hope our relationship and memories never die and i always love you guys πŸ’•πŸ’•






Aku sungguh bersyukur kerana dipertemukan dengan budak-budak kelas yang amat baik dan tak hipokrit. Aku akan merindui mereka setelah habis matrikulasi nanti. Aku harap persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Itu sahaja daripada aku untuk hari ini. ByeeπŸ™‹πŸ‘‹



  

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...