Bismillahirahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Pada hari ini tajuk yang akan saya bahaskan adalah Hidayah milik Allah.
Hidayah adalah suatu perkara yang amat terindah bagi seorang manusia yang dapat merasainya. Ini kerana hidayah bukannya boleh didapati dikedai atau dimana-mana sahaja. Tetapi hidayah datangnya dari Allah yang mampu memberikan ketenangan dan kebaikkan kepada diri seseorang individu itu. Pernahkah anda terfikir bahawa anda tidak pernah mendapat hidayah? Saya pernah terbaca atau menonton video-video ataupun laman sosial tentang wanita Islam yang tidak memakai tudung kerana belum mendapat hidayah.
Hidayah tidak akan datang jika kita tidak berusaha. Kita perlu meminta kepadaNya, berusaha untuk mendapatkan hidayah dengan sebaik mungkin.Pernahkah terlintas difikiran anda sedang anda melakukan dosa dan tidak bertaubat tiba-tiba anda meninggal? Adakah anda terasa anda layak untuk masuk ke syurga Allah? Atau neraka sememangnya adalah pilihan anda untuk kekal selamanya? Ini adalah ingatan untuk diri saya sendiri serta anda sebagai pembaca.
Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya. Kita sebagai hamba yang harus memilih adakah kita masih ingin berada seperti keadaan sekarang atau jauh lebih baik dari sekarang. Kita yang menentukannya. Firman Allah dalam surah Al - Qashash:56
"Sesungguhnya kamu tidak akan mendapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada hamba yang dikehendakiNya, dan Allah yang lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
Demikianlah Firman Allah yang menerangkan bahawa kita yang seharusnya mencari hidayah Allah bukannya kita menunggu sahaja.
In This blog I will tell you everything in mylife about relationship, food, place that I want to go and anything that I like. I hope you enjoy it.
Friday, 26 January 2018
Thursday, 18 January 2018
JIHAD MENUNTUT ILMU
Assalammualaikum kepada semua pembaca blog. Alhamdulillah kita masih diberikan waktu dan peluang untuk kita menghirup udara dan hidup di bumi Allah ini. Pada hari ini saya ingin memberikan sedikit kesedaran terhadap diri saya sendiri serta anda tentang "Jihad dalam Menuntut Ilmu".
Doa di atas adalah doa untuk menuntut Ilmu yang lebih bermanfaat. Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran kita, kita mestilah membaca doa tersebut untuk mendapat lebih kefahaman tentang Ilmu tersebut dengan bantuan Allah.
Jihad berasal dari perkataan "Jahada" atau "Jahdun" yang bererti "usaha" atau "Juhdun" yang bererti "kekuatan". Masyarakat kita pada hari ini memikirkan maksud jihad adalah berperang dengan menggunakan senjata atau mengorbankan diri dalam sesuatu perkara yang baik. Pemahaman tentang jihad ini tidak boleh disalah fahamkan. Jihad mempunyai pelbagai bentuk dan cara. Salah satu antaranya adalah Jihad untuk menuntut ilmu.
Kita khususnya sebagai pelajar mestilah menuntut ilmu dengan ikhlas dan redha dengan perkara yang berlaku sewaktu kita sedang menuntut ilmu. Jika kita menuntut ilmu hanya kerana terpaksa atau disuruh oleh ibubapa, ianya tidak membawa makna terhadap diri kita. Ini kerana hati kita yang tidak rela untuk menuntut ilmu adalah menjadi sia-sia sahaja. Sedarkah kita bahawa betapa untungnya kita dalam menuntut ilmu tanpa ada halangan sedangkan saudara-saudara kita yang lain tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran kerana berlakunya peperangan, kesempitan wang, masalah keluarga dan sebagainya.
Pernahkah anda terfikir jika anda tidak mempunyai ilmu apa yang berlaku terhadap diri anda? Mungkin sekarang anda masih tidak merasai kesusahan kerana masih ada ibubapa yang akan membantu anda. Tetapi jika suatu hari nanti ibubapa anda telah tiada, bagaimanakah anda untuk hidup jika tidak mempunyai ilmu? Yaa memang susah menuntut ilmu, penat dan banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Tapi setiap kepahitan akan ada kemanisan dihujungnya. Biar kita berpenat lelah sekarang daripada berpenat lelah dihari kemudian.
Fikir-fikirkanlah tentang diri anda dan keluarga. Setiap kali anda penat dalam menuntut ilmu bayangkanlah wajah kedua ibubapa anda betapa gembiranya mereka ketika menghantar anda untuk belajar, bayangkanlah wajah bahagia mereka ketika mendengar berita tentang kejayaan anda dan bayangkan sebaliknya.
Sama-sama kita renungkan..

Itu sahaja untuk tajuk pada hari ini. Semoga memberi manfaat pada diri dan anda semua. Sampai Jumpa. 😃
Tuesday, 9 January 2018
AZAM TAHUN BARU
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk bernyawa di tahun baru. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua yang membaca blog ini. Setiap permulaan di Tahun Baru setiap orang mesti mempunyai azam yang tersendiri.Apakah azam anda pada tahun ini? Mungkin ada yang berazam untuk mengakhiri zaman bujang mereka pada tahun ini, ada yang berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, ada juga berazam untuk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dan lain-lain lagi. Walauapapun azam anda, anda mestilah menjayakannya sebelum berakhirnya tahun tersebut.
Azam yang kita ingin lakukan mestilah meningkatkan lagi kehidupan kita dan bukan memundurkan. Azam saya pada tahun ini adalah untuk menjadi insan yang lebih baik, berjaya dalam pelajaran, tidak mudah percaya pada janji manusia dan tidak mahu berharap pada sesiapa. Tahun yang lepas akan menjadi pengajaran dan penguat semangat untuk saya meneruskan kehidupan di Tahun Baru ini. Kepada anda yang mempunyai azam seperti saya, saya ingin memberikan beberapa tips untuk anda dalam menjayakan azam anda.
Jika anda ingin menjadi manusia yang lebih baik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah muhasabah diri. Imbas kembali perkara-perkara yang baik dan buruk yang kita telah lakukan pada tahun lepas. Yang baik kita teruskan yang kurang kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup kita.Contohnya, pada tahun lepas kita kurang memberi tumpuan dalam kuliah atau sewaktu guru mengajar, jadi pada tahun ini kita mestilah lebih memberikan tumpuan dalam pelajaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Seterusnya, jika anda pada tahun lepas banyak kali dikecewakan oleh manusia, pada tahun ini anda mestilah menguatkan hati untuk menghadapi manusia-manusia yang lebih mencabar hati anda dengan cara tidak mempedulikan kata-kata mereka yang tidak penting. Anda juga mestilah sentiasa ingat pada Tuhan dan dekatkan diri anda pada Tuhan kerana Allah sahaja yang lebih memahami hambaNya. Disaat anda kecewa dan bahagia ingat Allah jangan mengingati manusia yang akan datang dan pergi dalam hidup anda.
Selain itu, jika kita masih mempunyai Ibubapa, bahagiakanlah mereka sebelum mereka menutup mata. Mungkin pada tahun lepas anda kurang memberi perhatian kepada mereka kerana terlalu sibuk belajar atau bekerja, berazamlah pada tahun ini anda lebih mengutamakan mereka dalam setiap perkara. Redha kedua Ibu bapa adalah redha Allah. Jika Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan kehidupan kita jauh lebih baik dari sebelumnya.
Akhir sekali, jika anda berazam pada tahun ini untuk lebih banyak bersedekah, lakukanlah. Kerana sedekah adalah salah satu cara untuk kita membaiki hati kita supaya menjadi seorang manusia yang lebih baik dan mungkin sebahagian rezeki yang ada pada kita adalah rezeki milik orang lain. Allah akan berlipat gandakan rezeki yang kita ada dalam pelbagai bentuk. Seperti rasa kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan dalam melakukan kerja seharian kita.
Akhir kata dari saya, walauapapun azam anda pada tahun ini lakukanlah sebaik mungkin agar tercapai. Saya mendoakan agar setiap pembaca blog ini akan mencapai keinginan azam anda dengan berjaya. Itu sahaja dari saya. Semoga anda sentiasa dalam perlindunganNya. Aminn..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan...
-
Pekan Batu Kurau Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian. Harini saya ingin mendedahkan kepada anda tempat menarik yang ada...
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih kerana tetap membaca blog ini walaupun ku...