Doa di atas adalah doa untuk menuntut Ilmu yang lebih bermanfaat. Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran kita, kita mestilah membaca doa tersebut untuk mendapat lebih kefahaman tentang Ilmu tersebut dengan bantuan Allah.
Jihad berasal dari perkataan "Jahada" atau "Jahdun" yang bererti "usaha" atau "Juhdun" yang bererti "kekuatan". Masyarakat kita pada hari ini memikirkan maksud jihad adalah berperang dengan menggunakan senjata atau mengorbankan diri dalam sesuatu perkara yang baik. Pemahaman tentang jihad ini tidak boleh disalah fahamkan. Jihad mempunyai pelbagai bentuk dan cara. Salah satu antaranya adalah Jihad untuk menuntut ilmu.
Kita khususnya sebagai pelajar mestilah menuntut ilmu dengan ikhlas dan redha dengan perkara yang berlaku sewaktu kita sedang menuntut ilmu. Jika kita menuntut ilmu hanya kerana terpaksa atau disuruh oleh ibubapa, ianya tidak membawa makna terhadap diri kita. Ini kerana hati kita yang tidak rela untuk menuntut ilmu adalah menjadi sia-sia sahaja. Sedarkah kita bahawa betapa untungnya kita dalam menuntut ilmu tanpa ada halangan sedangkan saudara-saudara kita yang lain tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran kerana berlakunya peperangan, kesempitan wang, masalah keluarga dan sebagainya.
Pernahkah anda terfikir jika anda tidak mempunyai ilmu apa yang berlaku terhadap diri anda? Mungkin sekarang anda masih tidak merasai kesusahan kerana masih ada ibubapa yang akan membantu anda. Tetapi jika suatu hari nanti ibubapa anda telah tiada, bagaimanakah anda untuk hidup jika tidak mempunyai ilmu? Yaa memang susah menuntut ilmu, penat dan banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Tapi setiap kepahitan akan ada kemanisan dihujungnya. Biar kita berpenat lelah sekarang daripada berpenat lelah dihari kemudian.
Fikir-fikirkanlah tentang diri anda dan keluarga. Setiap kali anda penat dalam menuntut ilmu bayangkanlah wajah kedua ibubapa anda betapa gembiranya mereka ketika menghantar anda untuk belajar, bayangkanlah wajah bahagia mereka ketika mendengar berita tentang kejayaan anda dan bayangkan sebaliknya.
Sama-sama kita renungkan..
Itu sahaja untuk tajuk pada hari ini. Semoga memberi manfaat pada diri dan anda semua. Sampai Jumpa. 😃
No comments:
Post a Comment