Saturday, 24 March 2018

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin menceritakan tentang kolej yang sedang saya belajar iaitu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebelum itu tahniah kepada adik-adik lepasan SPM 2017 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang elok jangan berputus asa kerana SPM bukan penentu kepada pengakhiran segalanya kerana SPM adalah langkah pertama untuk adik-adik semua mengubah masa depan yang lebih baik.

Jika anda ingin tahu bahawa Kolej Matrikulsi bukanlah untuk pelajar yang tidak pandai, tak dapat tempat di universiti ataupun perkara-perkara buruk yang terlintas difikiran hampa. Sijil yang dikeluarkan oleh pihak matrikulasi  adalah sijil yang laku dan boleh digunakan untuk menyambung pengajian ataupun untuk mendapatkan pekerjaan.






Matrikulasi merupakan pusat pengajian yang menawarkan tiga modul iaitu:

Modul 1: Biologi,Fizik,Kimia dan Matematik
Modul 2:Fizik, Kimia, Sains Kompuer dan Matematik
Modul 3:Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Adik-adik yang ingin memilih subjek pastikan jangan sesekali mengikut kawan kerana minat kita bukannya sama dan takut kelak akan menyesal. πŸ˜‚ Saya merupakan pelajar modul 2 sem 2 di kolej ini. Bagi saya modul dua merupakan modul yang terbaik kerana tidak mempunyai bio sebabnya saya tak minat dengan bio dan tak pernah ambil. Subjek yang disediakan dalam modul ini sangat bagus dan tak mudah untuk difahami tapi biasalah adat belajar tiada yang senang jika tak usaha. Baiklah saya ingin menunjukkan kepada anda kawasan sekitar KMPP dari pandangan atas menggunakan dron. Kawasan KMPP yang luas akan menyebabkan kasut anda cepat rosak kerana banyak berjalan dan jauh perjalanan jadi sediakan kasut yang banyak.



Salah seorang daripada ahli The Faith iaitu Fahimi
Okey seterusnya di kolej ini anda tidak akan berasa jemu dan murung disebakan oleh tugasan yang bertimbun kerana di kolej ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang diadakan adalah movie night, MEMORI, darshawarna, pesta tanglung, silang budaya, ponggal dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan di kalangan para pelajar. Program ini bukan sahaja melibatkan penyertaan daripada para pelajar malah terdapat juga artis jemputan dari luar seperti The Faith, Harith Iskander, Farah Fakhira(instafamous) dan ramai lagi.





  Video dibawah adalah ketika persembahan The Faith dijalankan.




Awal Ashaari sedang menghoskan program Koridor Utara

Bagi pelajar yang terpilih untuk menyertai aktiviti luar seperti pergi ke perkampungan orang asli, memberi makan kepada gelandangan, menyertai program Koridor Utara dan sebagainya. Saya merupakan pelajar yang terpilih untuk menyertai program Koridor Utara. Program Koridor Utara merupakan program yang menerangkan tentang pembangunan yang akan dan sedang dijalankan menjelang tahun 2020. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan persembahan dari artis seperti Amir Jaharu, Atillia dan Salamiah Hassan. Program ini bukan sahaja memberikan dapat memberikan ilmu pengetahuan malah juga dapat menghilangkan stress.








Aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberikan anda markah kokurikulum untuk menempatkan anda ke Universiti setelah habis matrik nanti. Anda seharusnya menikmati saat-saat ketika berada di matrik kerana saya pasti anda akan merindui suasana disini. Suasana dimana anda sibuk meniru kerja rakan anda, kelam kabut menyiapkan assignment yang nak kena hantar esok harinya, menyiapkan lab report dan sebagainya. Suasana ini bukan senang untuk didapati bersama rakan yang baru.


Jika anda mendapat tempat di KMPP atau mana-mana kolej matrikulasi yang lain anda sepatutnya rasa berbangga kerana bukan senang untuk anda mendapat tempat disini. Akhir kata dari saya walau dimana sahaja anda belajar pastikan niat anda mestilah betul dan jangan sesekali lari dari niat asal. Ingatla selalu wajah ibu dan ayah yang berbangga dengan keputusan yang bakal kita dapat. Itu sahaja dari saya pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi byeee2 πŸ™‹




PENGORBANAN AYAH





Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Pernahkah anda terfikir tentang 
pengorbanan ayah anda? Ayah walaupun dia seorang yang tegas, garang dan sukar untuk kita memahaminya tapi disebalik semua itu tersimpan perasaan kasih dan sayangnya seorang ayah. Saya ingin menceritakan tentang ayah saya.

Ayah aku bernama Megat Abdul Halim bin Megat Hashim. Dia seorang pemandu lori dan seorang yang sangat tegas. Sewaktu aku kecil ayah suka membawa aku keluar berjalan-jalan disekitar kampung dan singgah di sebuah kedai kopi untuk berjumpa dengan teman-temanya. Aku nak itu dia beli aku nak ini dia beli tapi ada batasnya. Bila aku masuk darjah satu aku menangis tanak ayah balik rumah. Aku nak ayah temankan sampai habis waktu persekolahan hari pertama dia temankan. Dia sanggup ambil cuti untuk menemankan aku di sekolah. Setiap kali aku pergi ke sekolah dia akan sentiasa mengingatkan aku yang ibu akan datang temankan aku sewaktu rehat dan ini sangat memberikan kelegaan hati πŸ˜‚.  

Setelah aku masuk ke darjah enam aku berpindah ke sekolah baru yang terletak berdekatan dengan rumah. Pada hari pendaftaran aku telah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan lleh keracunan makanan. Sewaktu aku sakit ayahla yang aku cari walaupun sebelum ink ibu tetapi aku tidak tahu kenapa ayah yang aku cari. Ayah dan ibu membawa aku pergi ke hospital dan aku telah di wardkan di wad kanak-kanak. Ayah mengambil cuti untuk beberapa hari untuk menjaga aku dan menguruskan hal di rumah kerana ibu menemankan aku di hospital. Setiap hari ayah akan datang dengan membawa makanan yang sedap dan makanan hospital yang tak sedap tu ayah aku yang habiskan πŸ˜‚.

Semakin aku meningkat remaja, ayah semakin susah untuk bertolak ansur. Bagi aku semua yang aku buat tak kena. Bila aku ingin keluar berseronok dengan kawan-kawan ayah tak izinkan. Bila abang atau adik aku nak keluar bolehkan aja. Dia cakap abang dengan adik lelaki dan aku perempuan. Bagi aku itu tak adil! Kenapa perlu membezakan lelaki dan perempuan sedangkan sama sahaja jika berlaku sesuatu. Tapi sekarang baru aku mengerti kenapa ayah larang untuk buat itu dan ini. Itu adalah bukti sayang ayah kepada aku yang aku tak sedar. 

Baru-baru ini jari aku telah digigit oleh kucing aku sendiri satu hari sebelum aku pulang ke kolej. Jari aku bengkak sebengkak-bengkaknya. Setiap hari ibu atau ayah akan telefon aku tanya tentang keadaan jari aku. Satu hari ayaj ambil cuti dan datang ke kolej untuk bawa aku pergi ke klinik. Aku tak menyangka yang ayah sanggup mengambil cuti dan datang dari jauh untuk membawa aku pergi ke klinik. Aku sangat terharu lebih-lebih lagi ketika ayah membantu aku memotong ayam untuk aku makan sebab tangan aku masih dalam keadaan yang kurang baik. 

Kini aku melihat ayah sudah boleh bergurau. Aku harap satu hari nanti aku mampu membawa kedua ibubapa aku ke Mekah untuk membuat haji dan umrah jika diizikan Allah. Sungguh aku amat menyayangi mereka. 

Semoga anda yang membaca dapat memahami perasaan ayah anda dengan lebih mendalam. Ayah tak tunjukkan kasih sayang dia secara terang-terangan seperti ibu. Ayah menunjukkan kasih sayang di dengan teguran dan penegasan dalam mendidik kita. Sayangi mereka sementara mereka masih ada dan kepada yang telah tiada ibu bapa semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn 

HAIWAN KESAYANGAN









Assalamualaikum kepada pembaca blog yang aku amat sayangi. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Hari ini tajuk yang ingin aku ceritakan adalah tentang haiwan kesayangan aku. 

Aku mempunyai beberapa ekor kucing tetapi yang paling aku sayangi adalah seekor kucing yang bernama kechik. Kechik seekor kucing jantan yang aktif dan mendengar kata. Setiap kali aku balik dari sekolah dia mesti akan datang kat aku. Waktu aku sedih, gembira, marah dia mesti ada. Walaupun dia seekor binatang tapi aku rasa dia faham aku. Aku sayang dia sangat. 


Semua kucing yang aku bela aku ajar dia kencing, berak dalam lubang jamban. Satu hari aku dengar yang kechik mengiau dalam tandas macam dia nak bagitau sesuatu. Aku tengok kechik tengah kencing tapi kencing dia warna kuning. So aku rasa takda masalah pon dengan warna air kencing dia tu. Tapi bila dia buang air besar aku ternampak yang taik dia ada darah. Jadi aku just fikir yang dia mungkin nak kena buasir la kot πŸ˜‚.

Keadaan macamtu terus berlaku dan makin kerap berlaku dan kadang-kadang dia kencing keluar darah. Aku dah mula risau aku ajak ibu bawak dia pergi klinik. Ibu kata takda pape mungkin dia salah makan. Aku cuba nak think positif. Walaupun macamtu keadaannya kechik tak nampak macam dia sakit sebab selalunya kalau kucing yang sakit, kucing lebih suka bersendiri dan termenung taknak makan dan minum. Berlainan dengan kechik dia sangat aktif dan kuat makan. 

Aku pun sambung pelajaran ke matrik, waktu aku kat matrik aku selalu tanya ibu keadaan kechik. Bila aku balik cuti pon aku terus cari kechik nak lepaskan rindu. Hari berganti hari, cuti berganti cuti, satu hari tu aku tengah cuti aku tengok kechik dah lain, dia dah tak aktif tak makan tak minum. Aku cuba cakap dengan dia, selalunya dia mesti akan sahut kalau aku panggil tapi kalini dia diam je. Esoknya aku kena balik matrik aku tanak tinggal kechik dalam keadaan macamtu aku paksa ibu ayah bawak dia pergi klinik tapi kami bukanla orang senang. Rawatan untuk kucing bukannya murah. Jadi aku pun balik matrik dengan hati yang tak tenang. Dua tiga hari selepas itu aku dapat tahu yang kechik dah mati. Aku tak percaya. Serius aku cakap ini yang pertama kali aku menangis semahu mahu aku disebabkan seekor kucing yang bernama kechik. Aku tak boleh terima kenyataan yang kechik dah mati. Bila aku tengok balik video aku dengan dia aku menangis. Aku cerita dekat kawan-kawan aku pasal kucing aku mati. Tapi reaksi mereka sangat tak membantu. Diorang tak rasa apa aku rasa. Hanya orang yang sayangkan haiwan je yang tahu perasaan macamni. 

Inilah kechik 

Sekarang hampir masuk 10 bulan kematian kechik. Takda kucing yang dapat gantikan kechik. Dia lain dari yang lain. Aku sayang dia sangat. Tapi tula nak buat macam mana semuanya kehendak Ilahi. Aku gembira untuk dia sebab dia tak perlu nak rasa sakit lagi. 

Itu aja perkongsian cerita aku tentang haiwan kesayangan aku. Kalau korang nampak haiwan korang sakit bawakla pergi klinik tak perlu nak fikirkan kos perubatan asalkan dia sihat dah cukup. Aku takkam lupakan kucing yang pernah menggembirakan aku. Terima kasih kechik aku sayang hang sampai bila-bila. 

Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku semoga korang sentiasa dalam lindungan Allah. 

Thursday, 8 March 2018

Wujudkah Kebetulan?






Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih kerana tetap membaca blog ini walaupun kurang menarik. Saya harap dengan perkongsian saya dapat hari ini dapat memberikan inspirasi serta manfaat kepada anda. Hari ini saya ingin menghuraikan tentang wujudkah kebetulan?




Kita sering kali terdengar dari kawan-kawan ataupun diri sendiri pernah menyebut tentang kebetulan. Contohnya Encik S ingin sangat bertemu dengan Cik A dan tiba-tiba dia terserempak dengan Cik A. Adakah ianya satu kebetulan? Tidak ianya bukan kebetulan tetapi telah ditakdirkan oleh Allah tentang pertemuan itu. Allah menemukan kita dengan seseorang yang ingin sekali kita jumpa kerana ingin menghiburkan hati kita yang sedang berduka. Ianya adalah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.





Bila kita terasa terlalu gembira Allah mendatangkan kesedihan kepada kita, bukannya kerana Dia benci tetapi Dia ingin hambaNya sentiasa ingat padaNya walau bagaimana keadaan sekalipun. Contohnya ketika kita sedang bergembira dengan peperiksaan akhir kita tiba-tiba kita mendapat berita tentang kematian ahli keluarga kita yang paling kita sayang, Adakah ini dinamakan kebetulan? Tidak sayang Allah tidak akan menduga hambaNya jika hambaNya tidak mampu dan ini bukanlah sesuatu yang kebetulan.  Ini adalah sebagai bukti yang Allah ingin mendengar rayuan dan rintihan kita kerana   selama ini mungkin kita lalai dalam mengingatinya.





Jika anda ingin tahu bahawa istilah kebetulan tidak pernah wujud dalam Islam. Semua yang berlaku adalah ketentuannya dariNya. Kita sebagai orang Islam sewajibnya percaya dengan ketentuan dan takdir yang telah Allah aturkan kepada kita dan bukannya ia kebetulan. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat menyambung pengajian di luar negara, ia juga bukanlah satu kebetulan tetapi rencana yang Allah telah aturkan kepada kita sebelum roh ditiupkan kedalam jasad kita lagi.

Renungkan sejenak sambil menghayati video di bawah ini dan lebih memahami tentang tiada yang kebetulan dalam hidup kita.



Itu sahaja pada hari ini. Insyaallah di lain masa kita akan bertemu kembali. Semoga anda yang membaca blog ini sentiasa dalam rahmatNya. AminnπŸ˜„


Keburukan Teknologi terhadap hubungan kekeluargaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Tajuk yang ingin saya bahaskan pada hari ini adalah masalah teknologi dalam keluarga. Kita pada hari ini dihidangkan dengan teknologi-teknologi yang semakin cangih. Perasaankah anda bahawa anda telah menggunakan teknologi ini lebih dari 100 kali dalam sehari? Penggunaan teknologi adalah sangat diperlukan pada masa kini tetapi perlulah ada batasnya. Teknologi banyak memberikan impak yang positif kepada sesuatu keluarga contohnya mampu mengeratkan silaturahim di antara sesama keluarga yang terpisah jauh disebabkan kerja, mampu menyampaikan sesuatu berita tentang  ahli keluarga dengan cepat, dan sebagainya. Walaupun begitu ia juga banyak memberikan impak yang negatif kepada keluarga.

Sebelum saya memulakan impak-impak yang negatif terhadap diri dan keluarga saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sendiri melihat penggunaan teknologi yang keterlaluan dalam keluarga saya iaitu adik saya. Adik saya merupakan pelajar sekolah menengah berasrama. Jadi setiap kali dia outing atau balik ke rumah perkara pertama yang dia akan lakuakan adalah menghadap laptop ataupun tablet untuk bermain game. Boleh dikatakan dari pagi sampai malam dia berkurung dalam bilik hanya untuk bermain game. Ini menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin berkurangan. Jadi sebelum perkara lebih buruk berlaku mari kita mencagah dengan mengetahui apakah perkara buruk yang bakal berlaki sekiranya teknologi menguasai kita. 





Keluarga bahagia tanpa gajet

Antara impak negatif terhadap keluarga adalah mampu menjauhkan yang dekat. Maksud saya disini adalah disebabkan penggunaan teknologi yang melampau menyebabkan ahli keluarga contohnya ibu, ayah, adik dan sebagainya sibuk melihat telefon bimbit masing-masing dari meluangkan masa bersama. Pernah saya terlihat kebanyakan keluarga yang datang untuk menjenguk anak-anak mereka di pusat pengajian, ibu bapa serta anak-anak semuanya sibuk dengan gajet masing-masing dan tidak melihat wajah masing-masing. Ini akan menyebabkan hubungan keluarga semakin menjauh dan anak-anak semakin kurang kasih sayang dari ibu bapa. 

Kanak-kanak ketagih dengan teknologi

Selain itu, teknologi akan menyebabkan anak-anak ketagih untuk menggunakannya dan akan menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak semakin renggang. Ini boleh menyebabkan anak-anak menjadi keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua mereka. Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan sentiasa melihat tingkah laku ibubapa mereka dalam melakukan sesuatu perkara. 


Sinar biru boleh menyebabkan mata rosak

Selain daripada itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan menyebabkan kerosakkan pada mata dan pengecutan pada otak. Ini akan memberikan impak yang buruk pada kesihatan diri dan ahli keluarga yang terlalu kerap menggunakan teknologi seperti telefon bimbit yang mempunyai frekuensi radio aktif yang sangat tinggi.Jadi kita seharusnya mengingati sesama ahli keluarga tentang keburukkan penggunaan teknologi yang  keterlaluan terhadap diri sendiri dan orang lain.






Pergaduhan disebabkan penggunaan teknologi

Seterusnya, teknologi juga akan memberikan impak yang negatif  terhadap hubungan kekeluargaan iaitu permusuhan boleh tercetus disebabkan oleh khabar angin yang tidak betul. Contohnya melalui aplikasi whatsapp iaitu menyebarkan cerita-cerita yang tidak betul yang akan menyebabkan
         hubungan kekeluargaan boleh terputus. Perkara seperti ini semakin banyak terjadi dalam hubungan kekeluargaan dan kita seharusnya mencegah perkara ini daripada berlaku iaitu dengan melakukan sesuatu aktiviti yang lebih berfaedah dari menyebarkan khabar angin yang tidak betul. 

Kesimpulannya kita sebagai pengguna teknologi seharusnya lebih bijak dalam menggunakannya bagi mencegah perkara-perkara buruk daripada berlaku. Kita sepatutnya banyak melakukan aktiviti secara fizikal bukannya secara ilusi di alam maya. Ini supaya kita tidak menjadi seorang yang antisosial  kerana bila kita mati nanti kita memerlukan manusia untuk tanam mayat kita dan bukannya gajet yang kita pegang sekarang. 


Itu sahaja daripada saya untuk hari ini. Maafkan segala kata-kata kesat dan mengguris perasaan. Perkara di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun sudah mati. Sekian sahaja.😁 Bye byeeeeeπŸ‘‹

Thursday, 1 March 2018

WANITA TERISTIMEWA


Assalamualaikum kepada pembaca blog yang saya amat sayangi. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan membuat blog ini untuk tatapan anda. Perkara yang ingin saya bincangkan pada hari ini adalah perkara yang akan menyentuh jiwa kecil kita. Ianya adalah tentang Ibu. 




Ibu, Umi, Emak, Bonda, Mak, walau apapun panggilan yang diberikan dia adalah insan yang mulia yang telah melahirkan, menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang. Tangan lembut ibu yang menyuapkan kita makan, tangan lembut ibu yang mendidik dan dengan tangan itulah kita diberi kasih sayang sepenuhnya. Ibu, walau bagaimana susah pun dia, dia tetap tersenyum dan menyenangkan kita walaupun kita selalu menyusahkan dia. Sedegil manapun kita sekasar manapun tindakan kita terhadap dia, dia tetap mendoakan kesejahteraan kita. Kita tak suka dengar bebelan dia. Kita rimas bila dia terlalu mengongkong hidup kita. Pernahkah anda terfikir jika suatu hari ketika anda celikkan mata, tiada lagi bayangan seorang ibu, tiada lagi suara yang membisingkan dengan omelan-omelan yang tak menyenangkan, tiada lagi belaian ibu yang penuh kasih dan manja? Pernahkah? Ketika ini anda renungkan sejenak perkara-perkara yang anda telah lakukan terhadap ibu anda. Banyak perkara baik ataupun buruk? Anda fikirkan sendiri. 


Sebelum itu anda hayatilah video ini untuk menjadi nasihat pada diri sendiri.




Ibu aku seorang wanita yang hidupnya sangat sederhana dan seorang OKU. Walaupun dia seorang yang kurang keupayaan tapi apa yang aku lihat pada dia, dia mampu buat lebih dari orang yang sempurna mampu buat. Ibu sentiasa ada untuk kami sekeluarga.  Walaupun begitu dia mampu melakukan segala tugasan dengan sempurna. Dia memberikan didikan dan contoh teladan yang baik terhadap anak-anaknya. Walaupun ibu sakit, susah, dia tetap tersenyum dan membuat segalanya sendiri. Dahulu kami susah, ibu akan mencuci baju-baju kami sekeluarga dengan tangannya sendiri setiap hari.  Tetapi ibu takpernah merungut walau sedikit pun. Dari tangan ibu yang lembut telah berubah menjadi kasar dan keras. Ibu takpernah minta ayah belikan mesin basuh sebab ibu taknak membazirkan duit untuk diri dia, apa yang dia fikirkan hanya keperluan anak-anak dan keluarga yang cukup. Ibu adalah tempat aku menceritakan segalanya. Tentang sekolah, kawan, cinta dan macam-macam lagi. Walaupun ibu penat ibu tetap melayan perangai gila-gila aku. Aku bersyukur aku masih ada ibu. Sungguh aku takmampu bayangkan kalau suatu hari nanti ibu pergi tinggalkan aku. Apa yang aku lihat sekarang adalah ibu orang lain yang pergi dahulu dan aku harapkan biarlah aku pergi dahulu sebelum ibu sebab aku takmampu untuk menempuhi hidup aku tanpa seorang ibu, sahabat dan pendengar yang setia di setiap cerita aku. 



Masih aku ingat sewaktu aku baru masuk ke sekolah rendah aku tak mampu berjauhan dari ibu dan setiap hari ibu akan datang ke sekolah temankan aku sewaktu rehat. Jarak antara sekolah aku dan rumah jauhnya lebih dari 10km. Ibu takpernah sikit pun mengeluh walaupun aku tahu ibu sangat penat dengan urusan keluarga dan persekolahan aku. Ibu yang akan menghantarkan makanan dan mengambil aku balik dari sekolah. Begitulah rutin ibu setiap hari sampailah aku masuk ke darjah 3. Alhamdulillah aku dah boleh berdikari, ibu tak payah susah-suah datang hantarkan makanan ibu cuma perlu ambil aku dari sekolah sahaja.

Sewaktu di sekolah menengah, aku sememangnya bukanlah pelajar harapan, selalu diperlekehkan oleh guru-guru dan kawan-kawa. Tetapi ibu tetap percaya pada keupayaan aku, dia tahu aku mampu dan alhamdulillah keputusan SPM aku mencapai target yang aku inginkan. Subjek yang paling tak digemari adalah matematik. Aku selalu mendapat markah yang tak berapa cantik dari kawan-kawan yang lain. Sewaktu percubaan SPM aku gagal dalam mata pelajaran matematik. Aku rasa dunia aku gelap aku rasa aku tanpamu tapi dia, iaitu ibu yang selalu memberikan dorongan kepada aku bahawa aku mampu buat dan aku berjaya mendapat A dalam matematik sewaktu SPM. 

Ketika remaja lain ingin keluar berseronok dengan rakan-rakan mereka tanpa perlukan keizinan ibubapa mereka, mereka mampu membuat segala yang mereka inginkan tetapi aku? Ibu ayah aku bukanlah insan yang boleh melepaskan anak mereka untuk berseronok. Mungkin dulu aku selalu marah dan takpuas hati kenapa aku tak boleh buat itu ini tapi orang lain boleh? Sekarang aku dapat jawapannya, ibu ayah sayangkan aku, mereka tanak terjadi pape pada aku dan aku bersyukur kerana mendapat restu ibu dan ayah.

 Tanpa restu orang tua kita tak akan selamat di dunia dan akhirat. Mungkin anda terfikir kenapa perlu saya cerita tentang kisah saya ini? Betulkan? Saya menceritakan kisah saya ini hanya untuk melepaskan apa yang tersimpan di dalam hati. Mungkin hidup saya tidak sesusah atau sehebat anda tapi saya harap anda dapat mencari perkara yang penting dalam cerita saya iaitu jujur pada setiap perkara yang anda lakukan, restu seorang ibu dalam melakukan sesuatu perkara dan ingat setiap pengorbanan yang ibu kita telah lakukan terhadap diri kita. 




Renung-renugkan video ini. Pada anda yang masih ada ibu sayangilah dia jagalah dia sebaik mungkin. Jika dia sudah tiada doakan kesejahteraan dia disana. Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn





Sekian itu sahaja untuk hari ini, semoga kisah yang dipamerkan ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk diri kita.

Semoga jumpa lagi. Byeeee πŸ˜„

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdullilah pada hari ini saya ingin me...